Syed and Ika (tarian piring)

Keunikan Tarian Piring di Negeri Sembilan : Plate Dancer

Tarian piring merupakan salah satu seni tarian tradisional yang masih diamalkan orang Melayu  berketurunan Minang di Negeri Sembilan. Adat unik ini biasanya diadakan majlis-majlis keraian seperti perkahwinan di kawasan luar bandar atau kampung. Tarian ini selalu dipersembahkan di hadapan pasangan pengantin yang sedang bersanding di pelamin. Si penari akan menari-nari sambil memegang sepasang piring yang diketuk berulangkali dengan cincin suasa yang dipakai di jarinya. Tarian Piring selalunya diiringi oleh kumpulan muzik tradisional yang membawa gong, kompang atau rebana. Pihak Ezaniphoto berasa amat bertuah kerana berpeluang merakamkan gambar-gambar tradisi ini semasa bertugas sebagai jurugambar rasmi (official photographer) majlis perkahwinan pasangan Syed dan Ika di Rembau, Negeri Sembilan pada  bulan Jun 2014 yang lalu.

Malay traditional ritual during wedding ceremony. This ritual still been practiced in rural area in Negeri Sembilan, Malaysia.
During the ritual, the dancer will dance in front of the newly weds with rings attached to his finger while continuously tapping the plate while dancing.

Zaid dan Ema

Zaid dan Ema : Majlis Perkahwinan Tradisional Seri Menanti

Liputan majlis pernikahan dan persandingan bagi pasangan Zaid dan Ema pada 26-27 April 2014. Majlis yang berlangsung secara tradisional mengikut adat istiadat Melayu Negeri Sembilan telah dirakamkan oleh Ezaniphoto – jurugambar rasmi (official photographer) di Kg. Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Semoga jodoh pasangan ini kekal hingga ke akhir hayat.

Antara keunikan majlis yang berlangsung di Seri Menanti adalah seperti pasangan pengantin diarak secara bertandu (dijulang) oleh ahli keluarga dan orang-orang kampung.

Kepada bakal pengantin di sekitar kawasan Negeri Sembilan serta seluruh Malaysia yang memerlukan khidmat fotografi perkahwinan, sila hubungi Ezaniphoto.com untuk sebarang pertanyaan atau pakej di talian 011-12824511 (whatsapp available)