Risteena Munim | Studio dan produk photoshoot

Liputan sesi studio untuk produk makanan & kecantikan Cantalina oleh pelakon tanahair Risteena Munim di Shah Alam pada 29 Julai 2015. Terima kasih kepada pihak pengurusan Cantalina yang memberi kepercayaan kepada Ezaniphoto untuk mengambil gambar produk mereka pada sesi tersebut.

Sebarang inquiry mengenai studio photography boleh menghubungi kami di 011-12824511 (whatsapp available)

 

 

PPKK Pintar Berseri | Studio Graduasi Tadika

Gambar-gambar kelas dan studio portrait pelajar tadika Pusat Perkembangan Kanak-Kanak Pintar Berseri, Senawang, Negeri Sembilan. Terima kasih kepada Pn. Jayanthi dan guru-guru PPKK Pintar Berseri kerana memberi kepercayaan kali kedua kepada Ezaniphoto untuk merakamkan gambar kelas dan potret graduasi pelajar-pelajar mereka. Pihak kami memberikan kelainan pada gambar tadika kali ini apabila pihak pengurusan tadika inginkan latarbelakang digital menghiasi gambar tadika.

Majlis Graduasi Kolej Permata Pintar | UKM Bangi

Liputan Majlis Graduasi Kolej Permata Pintar di UKM Bangi pada 5 Februari 2016. Syabas diucapkan kepada semua graduan yang berjaya menamatkan pengajian mereka di kolej yang berprestij ini , semoga mereka akan menjadi individu yang cemerlang yang mampu memberi sumbangan kepada negara pada masa akan datang. Pihak Ezaniphoto ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Kolej Permata Pintar kerana memberi kepercayaan untuk merakam gambar penerimaan sijil dan portrait graduasi / studio.

 

Anna Lulu | Outdoor Portraiture

Liputan sesi outdoor portraiture serta behind the scene untuk satu projek kolaborasi di antara pihak Ezaniphoto, Talent-model Anna Lulu, Make-up Artist Muhammad Aris Sahir, Hair stylist & Busana oleh Adnan Haris. Sesi di adakan di lokasi sekitar kawasan Seremban 2, Negeri Sembilan. Sebarang inquiry mengenai khidmat fotography fashion boleh menghubungi 011-12824511 (whatsapp available)

Konsert Caklempong Ekstravaganza 2016 | JKKN Negeri Sembilan

Pihak Ezaniphoto berkesempatan untuk menyaksikan Konsert Caklempong Ekstravaganza 2016 yang berlangsung di Auditorium D’Sury, Kompleks JKKN Negeri Sembilan pada 20 May 2016. Konsert yang gilang gemilang ini didatangkan dengan 20 orang pemain Caklempong Negeri Sembilan serta dibintangi oleh penyanyi popular seperti Dato’ Ramli Sarip, Dato’ Khatijah Ibrahim, Farawahida serta kumpulan Genji Busker.
Konsert yang berlangsung selama 2 hari ini disempurnakan pembukaanya oleh Datin Sri Hamidah Khamis, isteri Timbalan Perdana Menteri diiringi dengan Datin Sri Salbiah Tengku Nujumudin, isteri Menteri Besar Negeri Sembilan. Pihak kami mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak penganjur yang telah berjaya memartabatkan muzik tradisional Caklempong di Negeri Sembilan dan seluruh Malaysia.

Karnival Belia 2016 | Perasmian Komuniti Usahawan Selangor

Liputan Majlis Perasmian Komuniti Usahawan Selangor yang berlangsung dalam Karnival Belia 2016 di Tesco Semenyih pada 23 April 2016. Majlis dirasmikan oleh Y.B Puan Dr. Daroyah Alwi, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor.Pihak Ezaniphoto ingin mengucapkan terima kasih kepada En. Muhammad Nazri Kamarudin selaku Pengerusi Komuniti Usahawan Selangor yang memberikan kepercayaan kepada kami sebagai jurugambar rasmi (official photographer) majlis tersebut.