Ashri + Noorhayati | 25th Anniversary

Sesi photography studio di Ampang, Kuala Lumpur untuk keluarga En. Ashri Mohamed & Puan Noorhayati sempena ulangtahun perkahwinan mereka yang ke 25 tahun (1992-2017).  Sesi studio fotografi pasangan ini juga melibatkan 4 orang anak mereka.

Terima kasih kepada En. Ashri kerana memilih khidmat Ezaniphoto sebagai jurugambar anniversary beliau (anniversary photographer) Pihak kami ucapkan semoga beliau, isteri dan anak-anaknya sihat dan kekal jodoh hingga ke Jannah.

Any inquiry about anniversary and family studio portraiture please contact us at +6011-12824511 or email us

Ashri + Noorhayati Anniversary

Flickr Album Gallery Powered By: Weblizar

 

Majlis Sekalung Budi Sentuhan Abadi | Datin Hjh. Noraisah Hj Othman

Liputan Majlis persaraan Pengetua SMK Puteri, Seremban  Datin Hjh. Noraisah Hj Othman pada 25 Ogos 2017. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Datin Hjh Noraisah di atas segala bakti & usaha beliau mendidik para pelajar sepanjang khidmat beliau bertugas sebagai pendidik, jasamu sentiasa dikenang.

Majlis yang bertemakan kesultanan Melayu zaman dahulu kala menjadikan ianya unik serta terpahat di dalam ingatan semua guru dan para pelajar selamanya, Puan Pengetua ditatarias dan dikenakan sepersalinan baju ala Raja Permaisuri yang berona unggu  dilihat sangat anggun dan cantik ketika berada di singgahsana emas ala diraja yang ditempah khas untuk majlis ini.

Di hari terakhir Datin Hjh. Noraisah berkhidmat sebagai pengetua, beliau dihiburkan dengan persembahan para pelajar serta para guru. Pemergian beliau akan dirindui seluruh warga SMK Puteri Seremban.

Terima kasih diucapkan kepada pihak guru yang memilih khidmat Ezaniphoto.com sebagai jurugambar majlis tersebut.

Aaira Saffiyah | Majlis Aqiqah dan Kesyukuran

Liputan Majlis Aqiqah dan kesyukuran baby Aaira Saffiyah di Taman Lavender Heights, Senawang pada 9 Julai 2017. Terima kasih kepada Pn Lily dan famili kerana memilih Ezaniphoto sebagai jurugambar untuk merakamkan majlis anak beliau yang bongsu. Semoga baby Aaira sihat dan menjadi anak yang solehah serta taat kepada ibu bapa.