Mohd Fuad + Nor Arina | Raikan Cinta

Liputan majlis perkahwinan pasangan Mohd Fuad dan Nor Arina di Masjid Putra Bandar Baru Nilai pada 5 Ogos 2017. Majlis pernikahan dan persandingan yang berlangsung sehari ini berjalan lancar, meriah dengan penuh berkat di masjid ini.

Kami juga mengadakan sesi post-wedding outdoor pasangan ini di Pantai Cahaya Port Dickson, Negeri Sembilan.

Terima kasih kepada Nor Arina dan sekeluarga kerana memilih khidmat Ezaniphoto sebagai jurugambar perkahwinan (wedding photographer) mereka.

Pihak kami mendoakan agar jodoh mereka kekal hingga ke Jannah, amin.

Bagi sesiapa yang berminat untuk melangsungkan majlis perkahwinan di Masjid Putra Nilai ini boleh merancang atau membuat tempahan awal dengan menghubungi link yang disediakan.

Naurah Inara & Noor Mikayla | Majlis Aqiqah & Cukur Jambul

Liputan Majlis Aqiqah dan Cukur Jambul untuk baby Naurah Inara & Noor Mikayla pada 18 Oktober 2017 di Bandar Tun Razak Kuala Lumpur.

Terima kasih pada Pn Noor Esrezaad Juferi dan keluarga kerana memilih khidmat Ezaniphoto sebagai jurugambar majlis aqiqah dan cukur jambul anaknya. Semoga baby Naurah Inara dan Noor Mikayla membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.