Sadaqa House Bank Islam & Delta Bionics | Projek Sumbangan Tangan 3D Kanak-Kanak

Satu projek amal oleh pertubuhan non-profit Sadaqa House Bank Islam bersama Delta Bionics untuk membantu adik Muhammad Arif bin Abdullah yang mengalami kecacatan tangan kiri sejak lahir.

Sesi ramah mesra & temu bual bersama keluarga En. Abdullah Che Pa bertempat di kediaman beliau Rumah Rakyat Sg. Rotan, Titi Negeri Sembilan pada tarikh 21 Januari 2020. Pertemuan ini juga bertujuan untuk mencuba keserasian fungsi tangan 3D tersebut dengan adik Arif. Alhamdullah ianya berfungsi dengan baik setelah dicuba buat pertama kali.

Pengasas Delta Bionics, Saujana Rejab (Paksu) merupakan individu  di Malaysia yang komited memberikan sinar baru kepada kanak-kanak yang mengalami kecacatan tangan khususnya. Ujar beliau  “Objektif utama kita memberi tangan ini adalah untuk memberi keyakinan diri dan mereka lebih merasa selesa bergaul dengan rakan sebaya dalam mengharungi kehidupan serta memberi senyuman yang tidak boleh dijual beli”.

Terima kasih kepada Paksu kerana memberi peluang kepada Ezaniphoto mengikuti aktiviti / projek beliau di daerah Jelebu pada hari tersebut. Semoga beliau dirahmati Allah S.W.T di atas kerja-kerja murni beliau membantu golongan OKU di Malaysia.

Kepada badan / pertubuhan / individu yang berminat membantu lebih ramai kanak-kanak yang memerlukan seperti adik Arif sumbangan boleh membuat sumbangan di :

Sadaqa House
140 140 101 88888
Bank Islam Malaysia Berhad

Sadaqa House & Paksu Delta

Flickr Album Gallery Powered By: WP Frank

 

 

HINO Trucker Club : Behind The Wheel Driver Competition 2019

Coverage of HINO Trucker Club : Behind The Wheel Driver Competition 2019 at Hino Total Support Customer Centre (HTSCC) in Sendayan, Negeri Sembilan.

The event was held on 12 October 2019 was a collaboration between Asian Trucker Drivers Club and Hino Motors Sales Malaysia (Hino Malaysia)  of their second driving skill competition. Seeing the competition as one of the opportunities to measure their driving skills. The 38 participants from the club were in this competition had the opportunity to experience the QDR, standing for Quality, Durability, and Reliability, of Hino trucks.

Mr. Atsushi Uchiyama, the Managing Director of Hino Malaysia said “No matter how much technology makes progress, we must not forget the fact that without these esteemed drivers, we cannot deliver goods anywhere. Without esteemed drivers, we cannot enjoy shopping at those department stores or E-commerce shopping which everyone enjoys without thinking of who delivers the goods”.

Thank you to Mr. Arvin from Epic Hub  (event management) for hiring Ezaniphoto for their event photography. We look forward to a successful working relationship in the future.

HINO Behind The Wheel Competition 2019

Flickr Album Gallery Powered By: WP Frank

SMK Putrajaya Presint 5(1) : Majlis Apresiasi Tingkatan 5 dan 6

Liputan Majlis Apresiasi Tingkatan 5 dan 6 di SMK Putrajaya Presint 5(1) pada 19 Oktober 2019. Majlis tahunan ini diadakan bagi menghargai dan penganugerahan para pelajar yang memperolehi prestasi cemerlang akademik & sahsiah.

Terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberi kepercayaan sekali lagi kepada Ezaniphoto sebagai jurugambar majlis rasmi mereka (official photographer).

SMK Putrajaya Presint 5(1)

Flickr Album Gallery Powered By: WP Frank