Category Archives: Graduation

Achievement & Graduation 2018 | R&S Empire

Liputan Achievement & Graduation 2018 untuk Al Baghdadi Playtime Centre caw. Bdr Sri Permaisuri  dan Alam Damai, Smart Soleh Islamic Intergrated Pre School Caw. Taman Midah KL dan Sri Nadi Tahfiz School caw. KL di bawah pengurusan R&S Empire Group.

Majlis yang diadakan sebanyak 2 sesi ini (sesi pagi & petang) berlangsung di Pusat Belia Antarabangsa (International Youth Centre) Cheras, Kuala Lumpur pada tarikh 17 November 2018. Di hoskan oleh penyanyi & hos pupular Shajiry A toZ, secara keseluruhan majlis ini berlangsung dalam suasana meriah dengan kehadiran tetamu daripada pihak ibu-bapa dan keluarga.

Terima kasih kepada pihak pengurusan R&S Empire kerana memilih khidmat Ezaniphoto sebagai jurugambar rasmi (official photographer) untuk majlis anugerah & graduasi mereka. Semoga para pelajar yang dididik di setiap tadika/sekolah menjadi insan yang soleh dan cemerlang !

Cendekiawan Educare Majlis Konvokesyen Persembahan Kanak Kanak 2018

Liputan Majlis Konvokesyen dan Persembahan Kanak Kanak oleh Kumpulan Cendekiawan Educare pada 22 September 2018 di German Malaysian Institute (GMI) Bangi.

Terima kasih kepada pihak pengurusan Cendekiawan Educare kerana memilih Ezaniphoto.com (official event photographer) sekali lagi sebagai jurugambar majlis konvokesyen murid-murid tadika mereka pada tahun ini.

ACE Kids | Asian Gala Night 2018

We have an exciting and fun time capturing moment at Ace Kids | Asian Gala Night 2018 at New Era College University hall on 18th August 2018. Congratulations to the teachers for a successful and well organized annual concert and graduation day! Kudos to the Ace Kids for giving the children the platform to perform and probably even unearth hidden talents of some children.

 

 

 

Tadika Muttaqin Seremban | Sesi Studio Fotografi Tadika

Liputan sesi mini studio di Tadika Muttaqin untuk 3 cawangannya di Seremban iaitu di Pinggiran Senawang, Taman Indah Seremban & Seremban 2 pada bulan April 2018.

Sesi fotografi melibatkan portret graduasi untuk murid 6 tahun dan portret tema kerjaya (occupation theme) bagi murid 4/5 tahun. Memang seronok murid-muridnya dapat bergambar dengan baju kostum bertemakan kerjaya. Terima kasih kepada pihak pengurusan Tadika Muttaqin ( Cikgu Anida) kerana memilih Ezaniphoto sebagai jurugambar studio graduasi tadika (kindergarten photography)

Tadika Muttaqin

Flickr Album Gallery Powered By: Weblizar

Majlis Graduasi Permata Pintar UKM 2016

Liputan Majlis Graduasi Permata Pintar 2016 di UKM Bangi pada 21 Oktober 2016. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah berjaya menamatkan pembelajaran mereka di intitusi yang berprestij di negara kita ini. Semoga berjaya melanjutkan pelajaran mereka ke puncak yang lebih tinggi lagi.

Terima kasih kami ucapkan kepada pihak guru Permata Pintar yang memilih khidmat Ezaniphoto sebagai jurugambar graduasi (graduation & convocation photography).

Permata Pintar UKM 2016

Flickr Album Gallery Powered By: Weblizar