Video highlights untuk Nadi Playtime Sports Day 2019 yang dibawah pengurusan syarikat R&S Empire Group . Hari sukan yang meriah ini disediakan khas untuk murid-murid Al Baghdadi Playtime Centre Bdr Sri Permaisuri Cheras, Al Baghdadi Playtime Centre Alam Damai Al Baghdadi Playtime Centre Sungei Besi serta para pelajar Sri Nadi Tahfiz Kuala Lumpur.
Berlangsung pada 28 April 2019 di Dewan Pusat Komersil Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur ianya telah dirasmikan oleh YB Dato’ Kamaruddin Jaffar, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak merangkap Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia.
Nadi Playtime Sports Day ini juga diserikan dengan persembahan nyayian dan tarian kanak-kanak, persembahan magik badut dan juga penampilan istimewa artis Hafiz Hamidun.
Terima kasih kepada pihak guru dan pengurusan R&S Empire Group kerana memilih khidmat Ezaniphoto sebagai jurugambar & videografi rasmi Nadi Playtime Sports Day 2019 (official photographer & videographer) Di dalam event ini pihak Ezaniphoto juga menyediakan booth instant print kepada para ibu-bapa yang berhajat untuk membeli gambar aksi sukan murid-murid yang terlibat.
Semoga murid-murid di bawah didikan semua sekolah yang terlibat menjadi anak yang soleh & solehah.