Category Archives: Majlis Persandingan

Shamimi + Izzat | Majlis Perkahwinan

Liputan Majlis perkahwinan pasangan Shamimi dan Izzat di Kg. Seberang Batu Hampar, Rembau, Negeri Sembilan pada 10 Disember 2017.

Terima kasih kepada Cik Shamimi dan keluarga kerana memilih Ezaniphoto (wedding photographer) untuk merakamkan detik-detik penting majlis perkahwinan beliau dan suami.

Pihak kami mendoakan semoga jodoh pasangan ini kekal hingga ke Jannah.

Mohd Fuad + Nor Arina | Raikan Cinta

Liputan majlis perkahwinan pasangan Mohd Fuad dan Nor Arina di Masjid Putra Bandar Baru Nilai pada 5 Ogos 2017. Majlis pernikahan dan persandingan yang berlangsung sehari ini berjalan lancar, meriah dengan penuh berkat di masjid ini.

Kami juga mengadakan sesi post-wedding outdoor pasangan ini di Pantai Cahaya Port Dickson, Negeri Sembilan.

Terima kasih kepada Nor Arina dan sekeluarga kerana memilih khidmat Ezaniphoto sebagai jurugambar perkahwinan (wedding photographer) mereka.

Pihak kami mendoakan agar jodoh mereka kekal hingga ke Jannah, amin.

Bagi sesiapa yang berminat untuk melangsungkan majlis perkahwinan di Masjid Putra Nilai ini boleh merancang atau membuat tempahan awal dengan menghubungi link yang disediakan.

Zulfadhli + Nur Jannah | Majlis Perkahwinan

Video slideshow majlis perkahwinan pasangan Zulfadhli + Nur Jannah di Taman, Indah Sikamat, Seremban. Pihak kami ingin mengucapkan terima kasih kepada En. Zulfadhli dan isteri kerana memilih khidmat Ezaniphoto sebagai jurugambar perkahwinan (wedding photographer) yang merakamkan detik-detik bermakna di dalam hidup mereka.

Sebarang pertanyaan mengenai khidmat fotografi dan videografi majlis kahwin dan keramaian boleh menghubungi kami secara email admin@ezaniphoto.com dan whatsapp 011-12824511  (event and photography and photography service)

Ikuti kami di di laman facebook dan instagramezaniphoto.com 

Brad + Norain | Majlis Resepsi

Liputan majlis resepsi  Brad Harnain dan Norain di Bangi Golf Resort pada 29 April 2017. Pasangan yang melangsungkan majlis nikah pada hari yang sama ini telah memilih tema moden berkonsepkan ala English garden pada hari bahagia mereka.

Terima kasih kepada Brad dan Norain kerana memilih Ezaniphoto sebagai jurugambar perkahwinan (wedding photographer) mereka. Tahniah diucapkan kepada pasangan ini, pihak kami mendoakan semoga jodoh kekal hingga ke Jannah.

Brad + Norain | Reception Day

Flickr Album Gallery Powered By: Weblizar

Alshahri + Adawiyah | Raikan Cinta

Liputan majlis perkahwinan Alshahri dan Adawiyah yang telah berlangsung pada 17-18 Mac 2017 di Kampung Batu Hampar, Rembau, Negeri Sembilan.

Pasangan yang memilih busana songke moden berona merah maroon ini kelihatan menawan dan anggun di hari persandingan.  Alshahri nampak segak kemas dengan memakai tanjak manakala Adawiyah pula memilih untuk memakai cucuk sanggul tradisional sebagai aksesori hiasan kepala, pilihan ini menjadikan kelihatan cantik berseri.

“Pada zaman dulu pemakaian sanggul menunjukkan keperibadian wanita terutama bakal pengantin yang mana sanggul pada bahagian bawah menunjukkan sifat pemalu dan sanggul yang tinggi menunjukkan wanita itu berani untuk bergaya – Jurumekap profesional, Rohaizat Shariff” kredit kepada  Intimku.com

Terima kasih kepada couple ni yang telah memilih Ezaniphoto.com sebagai jurugambar hari perkahwinan mereka. Semoga jodoh berkekalan hingga ke Jannah.

Sebarang inquiry mengenai khidmat photographer dan videographer boleh menghubungi kami di talian 011-12824511 atau boleh singgah ke facebook page kami : ezaniphoto

Alshahri + Adawiyah Wedding

Flickr Album Gallery Powered By: Weblizar

Huzainy + Ruzlin : Majlis Perkahwinan

Liputan Majlis Pernikahan & Persandingan pasangan Huzainy dan Ruzlin pada 10 Disember 2016 di Taman Bandar Utama, Tampin Negeri Sembilan. Kedua majlis telah berjalan diuruskan dengan sempurna oleh pihak tuan rumah. Pihak kami mendoakan pasangan ini kekal jodohnya hingga ke Jannah dan terima kasih kerana memilih khidmat jurugambar perkahwinan Ezaniphoto “wedding photographer”

 

 

Dr Ridzuan + Dr Ilyana : Majlis Resepsi

Liputan majlis resepsi pasangan Dr. Ilyana dan Dr. Ridzuan. Tahniah kami ucapkan kepada pasangan ini yang telah melangsungkan perkahwinan mereka di Taman Sri Rembau, Rembau Negeri Sembilan pada 9 Oktober 2016. Semoga kekal jodoh hingga ke Jannah. Kali ni kami nak postkan gambar posing pengantin di majlis dan pelamin (actual day wedding photography) , asyik outdoor pose jer Raja Sehari juga dipersembahkan dengan tarian piring yang terkenal di daerah Rembau Negeri Sembilan. Busana pengantin dan tatarias pelamin yang eksklusif oleh perancang perkahwinan (wedding planner) Nana Sa’at II

 

Kazaruddin+Khairunnisa : Majlis Resepsi

Liputan majlis resepsi & sesi outdoor portraiture  pasangan Kazaruddin dan Khairunnisa di Dewan Seri Rembau,Negeri Sembilan pada 7 November 2015. Pihak Ezaniphoto ingin mengucapkan terima kasih kerana memilih kami sebagai jurugambar perkahwinan (wedding photographer). Semoga jodoh berkekalan hingga ke Jannah.

Syed Faris+Sharifah Anishah : Majlis Nikah & Resepsi

Liputan majlis perkahwinan pasangan Syed Faris Afandi Bin Dato’ Seri Amar Di-Raja Hj. Syed Abdullah Al Qudsi dan Sharifah Anisah Bt. Syed Ali Al Qadri di Taman Paroi Jaya, Seremban Negeri Sembilan pada 10 November 2015. Pihak Ezaniphoto ingin mengucapkan terima kasih kepada Syed Asyraf sekeluarga kerana memberi kepercayaan kepada kami sebagai jurugambar perkahwinan (wedding photographer) untuk merakamkan detik-detik bersejarah majlis pernikahan dan persandingan adik perempuan beliau. Pihak kami ingin mendoakan agar jodoh pasangan ini kekal hingga ke Jannah, amin.

 

 

Farhan+Nadia : Sesi Portrait

Sesi portraiture (majlis resepsi) untuk pasangan Farhan dan Nadia di Kampung Bandar Tinggi Kuala Klawang (Jelebu) Negeri Sembilan pada 30 Mei 2015. Terima kasih kerana memilih khidmat jurugambar perkahwinan (wedding photographer) Ezaniphoto. Semoga jodoh kekal hingga ke Jannah.