Jelebu International Motocross Invitation 2015

Liputan Jelebu International Motocross Invitation 2015 yang berlangsung pada 29-3o Ogos 2015 di Hutan Lipur Jeram Toi, Negeri Sembilan. Pihak kami sempat merakamkan beberapa aksi penunggang Motocross tempatan semasa berada di trek perlumbaan. Acara yang berlangsung di daerah Jelebu (Kuala Klawang), Negeri Sembilan ini telah menarik beberapa pasukan antarabangsa untuk menyertai beberapa kategori yang telah dianjurkan. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Lembaga Perlancongan Negeri Sembilan kerana menganjurkan acara ini, semoga ianya menjadi acara tahunan di negeri ini. Syabas dan tahniah kepada Jelebu United Dirt Bike Club (JUDC) kerana menguruskan acara meriah ini dengan lancar dan professional.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *