Sadaqa House Bank Islam & Delta Bionics | Projek Sumbangan Tangan 3D Kanak-Kanak

Satu projek amal oleh pertubuhan non-profit Sadaqa House Bank Islam bersama Delta Bionics untuk membantu adik Muhammad Arif bin Abdullah yang mengalami kecacatan tangan kiri sejak lahir.

Sesi ramah mesra & temu bual bersama keluarga En. Abdullah Che Pa bertempat di kediaman beliau Rumah Rakyat Sg. Rotan, Titi Negeri Sembilan pada tarikh 21 Januari 2020. Pertemuan ini juga bertujuan untuk mencuba keserasian fungsi tangan 3D tersebut dengan adik Arif. Alhamdullah ianya berfungsi dengan baik setelah dicuba buat pertama kali.

Pengasas Delta Bionics, Saujana Rejab (Paksu) merupakan individu  di Malaysia yang komited memberikan sinar baru kepada kanak-kanak yang mengalami kecacatan tangan khususnya. Ujar beliau  “Objektif utama kita memberi tangan ini adalah untuk memberi keyakinan diri dan mereka lebih merasa selesa bergaul dengan rakan sebaya dalam mengharungi kehidupan serta memberi senyuman yang tidak boleh dijual beli”.

Terima kasih kepada Paksu kerana memberi peluang kepada Ezaniphoto mengikuti aktiviti / projek beliau di daerah Jelebu pada hari tersebut. Semoga beliau dirahmati Allah S.W.T di atas kerja-kerja murni beliau membantu golongan OKU di Malaysia.

Kepada badan / pertubuhan / individu yang berminat membantu lebih ramai kanak-kanak yang memerlukan seperti adik Arif sumbangan boleh membuat sumbangan di :

Sadaqa House
140 140 101 88888
Bank Islam Malaysia Berhad

Sadaqa House & Paksu Delta

Flickr Album Gallery Powered By: WP Frank

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *