Tag Archives: album kahwin

Zulfadhli + Nur Jannah | Majlis Perkahwinan

Video slideshow majlis perkahwinan pasangan Zulfadhli + Nur Jannah di Taman, Indah Sikamat, Seremban. Pihak kami ingin mengucapkan terima kasih kepada En. Zulfadhli dan isteri kerana memilih khidmat Ezaniphoto sebagai jurugambar perkahwinan (wedding photographer) yang merakamkan detik-detik bermakna di dalam hidup mereka.

Sebarang pertanyaan mengenai khidmat fotografi dan videografi majlis kahwin dan keramaian boleh menghubungi kami secara email admin@ezaniphoto.com dan whatsapp 011-12824511  (event and photography and photography service)

Ikuti kami di di laman facebook dan instagramezaniphoto.com 

Alshahri + Adawiyah | Raikan Cinta

Liputan majlis perkahwinan Alshahri dan Adawiyah yang telah berlangsung pada 17-18 Mac 2017 di Kampung Batu Hampar, Rembau, Negeri Sembilan.

Pasangan yang memilih busana songke moden berona merah maroon ini kelihatan menawan dan anggun di hari persandingan.  Alshahri nampak segak kemas dengan memakai tanjak manakala Adawiyah pula memilih untuk memakai cucuk sanggul tradisional sebagai aksesori hiasan kepala, pilihan ini menjadikan kelihatan cantik berseri.

“Pada zaman dulu pemakaian sanggul menunjukkan keperibadian wanita terutama bakal pengantin yang mana sanggul pada bahagian bawah menunjukkan sifat pemalu dan sanggul yang tinggi menunjukkan wanita itu berani untuk bergaya – Jurumekap profesional, Rohaizat Shariff” kredit kepada  Intimku.com

Terima kasih kepada couple ni yang telah memilih Ezaniphoto.com sebagai jurugambar hari perkahwinan mereka. Semoga jodoh berkekalan hingga ke Jannah.

Sebarang inquiry mengenai khidmat photographer dan videographer boleh menghubungi kami di talian 011-12824511 atau boleh singgah ke facebook page kami : ezaniphoto

Alshahri + Adawiyah Wedding

Flickr Album Gallery Powered By: Weblizar

Hakim+Maisara : Back to school

Sesi portret yang bertemakan “Back to School” oleh pasangan Hakim dan Maisara di Sekolah King George V Seremban pada 13 September 2015. Idea dan konsep dicadangkan oleh pasangan ini sendiri kerana mereka juga merupakan bekas pelajar sekolah tersebut. Terima kasih kerana memilih Ezaniphoto sebagai official photographer untuk sesi portrait & majlis perkahwinan mereka, semoga jodoh kekal hingga ke Jannah.

life

Endy+Nora : Resepsi Klana Resort

Liputan majlis resepsi pasangan Endy dan Nora di Klana Resort Seremban pada 4 April 2015. Majlis yang berlangsung dengan meriah dan sempurna telah dirancang dengan rapi oleh keluarga pihak keluarga Endy . Terima kasih diucapkan kepada Tuan Shah & Puan Zaimah  dari Colour Me Fragrance yang memilih serta memberikan layanan yang baik kepada para jurugambar yang bertugas dari Ezaniphoto. Pihak kami mengucapkan semoga jodoh kekal hingga ke Jannah kepada Endy dan Nora.

Keunikan Tarian Piring di Negeri Sembilan : Plate Dancer

Tarian piring merupakan salah satu seni tarian tradisional yang masih diamalkan orang Melayu  berketurunan Minang di Negeri Sembilan. Adat unik ini biasanya diadakan majlis-majlis keraian seperti perkahwinan di kawasan luar bandar atau kampung. Tarian ini selalu dipersembahkan di hadapan pasangan pengantin yang sedang bersanding di pelamin. Si penari akan menari-nari sambil memegang sepasang piring yang diketuk berulangkali dengan cincin suasa yang dipakai di jarinya. Tarian Piring selalunya diiringi oleh kumpulan muzik tradisional yang membawa gong, kompang atau rebana. Pihak Ezaniphoto berasa amat bertuah kerana berpeluang merakamkan gambar-gambar tradisi ini semasa bertugas sebagai jurugambar rasmi (official photographer) majlis perkahwinan pasangan Syed dan Ika di Rembau, Negeri Sembilan pada  bulan Jun 2014 yang lalu.

Malay traditional ritual during wedding ceremony. This ritual still been practiced in rural area in Negeri Sembilan, Malaysia.
During the ritual, the dancer will dance in front of the newly weds with rings attached to his finger while continuously tapping the plate while dancing.

Teaser : Ashraf & Mira

Teaser untuk pasangan Ashraf & Mira  ketika sesi outdoor di Stesyen Keretapi Gemas, Negeri Sembilan. Harap sabar menanti penghantaran album anda!