Tag Archives: alor gajah

Farid and Ekin : Majlis Resepsi Johol

Farid + Ekin : Raikan Cinta

Liputan Majlis Resepsi pasangan Farid & Ekin di Kg Nuri, Johol NSDK. Pasangan yang memakai set pengantin warna pastel krim terang kelihatan anggun dan eksklusif semasa diraikan sebagai Raja Sehari. Terima kasih kepada Farid dan Ekin kerana memilih Ezaniphoto sebagai jurugambar rasmi majlis persandingan mereka  (Official wedding photographer).

Syazana & Hasli

Hasli + Syazana : Majlis Nikah & Resepsi

Liputan majlis pernikahan, resepsi & outdoor pasangan Hasli dan Syazana di Pulai Villa, Seremban pada 26 dan 27 Disember 2014. Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah. Terima kasih kepada keluarga Pn. Syazana kerana memilih Ezaniphoto sebagai jurugambar majlis (official photographer)

 

Hj Sazali family portraiture

Hj Sazali family : studio portraiture

Sesi studio fotografi untuk famili Hj Sazali di Taman Panchor Jaya, Seremban Negeri Sembilan. Terima kasih kepada Pn. Munira Hj Sazali kerana memilih khidmat Ezaniphoto.com untuk merakamkan gambar-gambar potret famili beliau. Untuk sebarang pertanyaan mengenai khidmat photographer professional & studio sila hubungi 011-12824511 (whatsapp available)

Housewarming party

Housewarming party dan Majlis Bertindik Telinga Adik Zinnirah

Liputan “housewarming party” dan majlis bertindik adik Zinnirah di kediaman baru keluarga En. Mohammed dan Pn. Zara. Majlis telah berlangsung di Taman Gunung Mas, Repah  Negeri Sembilan. Terima kasih kerana memilih khidmat pihak Ezaniphoto sebagai photographer dan videographer yang bertugas untuk majlis tersebut. Kami berasa bertuah kerana berpeluang merakamkan adat tradisional bertindik telinga yang masih diamalkan oleh masyarakat India Muslim di Malaysia. Adat bertindik ini biasanya dilakukan kepada anak perempuan yang telah mencapai umur 3 atau 5 tahun.

 

EP Happy New Year

Mengorak langkah dari 2014 ke 2015

Tahun 2014 merupakan tahun yang mempunyai banyak kenangan kepada kami di Ezaniphoto. Terima kasih kepada famili, rakan dan klien yang banyak membantu dan memberi sokongan kepada kami ! 2015 semoga kami lebih maju dan jitu dalam bidang photography.

Wishing you a happy new year!

Happy New Year 2013

Majlis Resepsi Rahmat dan Atikah di Felda Raja Alias 4

Rahmat dan Atikah : Resepsi di Felda Raja Alias 4

Liputan Majlis Resepsi bagi pasangan Rahmat  dan Atikah di Felda Raja Alias 4, Jempol pada yang Mei 2014. Terima kasih kerana memilih khidmat Ezaniphoto sebagai jurugambar rasmi majlis perkahwinan mereka. Semoga panjang umur dan kekal jodoh hingga ke Jannah.

 

Syed family photo

Syed Muhsin family photo

Sesi studio fotografi yang meriah oleh famili Syed Muhsin di Emerald Park, Seremban 2 pada 5 Disember 2014. Terima kasih kerana menempah khidmat photographer professional kami.

 

smartreader_kids

Smartreader Kids, Seremban Jaya : Group and graduation photo

Pihak Ezaniphoto telah  mengadakan 1 sesi fotografi studio untuk pelajar Smartreader Kids pada 27hb November 2014 di Taman Seremban Jaya, Negeri Sembilan.  Terima kasih kepada Pihak Pengurusan Smartreader Kids (Seremban Jaya) kerana memilih khidmat kami sebagai jurugambar studio untuk sesi studio portrait graduasi mereka.

Kepada Pihak/Pengurusan Tadika yang berminat untuk mengambil gambar studio sila hubungi  Ezaniphoto di talian  011-12824511 (whatsapp) untuk sebarang pertanyaan mengenai harga dan pakej.

 

Taqris and Elsa birthday party 2014

1st Class Birthday Party : Elsa and Taqris

Majlis sambutan harijadi yang diadakan serentak bagi pasangan adik beradik Elsa dan Taqris yang diadakan di Lollipop Kid Art Centre, Seremban 2. Terima kasih kepada Pn. Aida Azmira kerana memilih Ezaniphoto sebagai jurugambar majlis harijadi (birthday party photographer) anak-anak beliau.

Syed and Ika (tarian piring)

Keunikan Tarian Piring di Negeri Sembilan : Plate Dancer

Tarian piring merupakan salah satu seni tarian tradisional yang masih diamalkan orang Melayu  berketurunan Minang di Negeri Sembilan. Adat unik ini biasanya diadakan majlis-majlis keraian seperti perkahwinan di kawasan luar bandar atau kampung. Tarian ini selalu dipersembahkan di hadapan pasangan pengantin yang sedang bersanding di pelamin. Si penari akan menari-nari sambil memegang sepasang piring yang diketuk berulangkali dengan cincin suasa yang dipakai di jarinya. Tarian Piring selalunya diiringi oleh kumpulan muzik tradisional yang membawa gong, kompang atau rebana. Pihak Ezaniphoto berasa amat bertuah kerana berpeluang merakamkan gambar-gambar tradisi ini semasa bertugas sebagai jurugambar rasmi (official photographer) majlis perkahwinan pasangan Syed dan Ika di Rembau, Negeri Sembilan pada  bulan Jun 2014 yang lalu.

Malay traditional ritual during wedding ceremony. This ritual still been practiced in rural area in Negeri Sembilan, Malaysia.
During the ritual, the dancer will dance in front of the newly weds with rings attached to his finger while continuously tapping the plate while dancing.