Tag Archives: ampangan

Aris + Asneza : Majlis Perkahwinan

Liputan majlis perkahwinan pasangan Aris dan Asneza di Taman Eka Matahari di Labu, Negeri Sembilan pada 2 Disember 2016. Pihak Ezaniphoto ingin mengucapkan terima kasih kepada pasangan ini kerana memilih pihak kami sebagai jurugambar perkahwinan mereka (official wedding photographer). Kami doakan semoga jodoh mereka kekal hingga ke Jannah.

Asneza & Aris

Flickr Album Gallery Powered By: Weblizar

 

Angsana Seremban | Program Pemberian Bubur Lambuk Ramadhan 2016

Liputan Program Pemberian Bubur Lambuk Ramadhan oleh pengurusan UDA Mall dan Angsana Seremban pada 28 Jun 2016 di pintu masuk Plaza Angsana Seremban. Acara yang di adakan pada setiap bulan puasa ini meupakan satu program amal memberi bubur lambuk kepada semua pengunjung yang datang ke plaza ini. Semoga usaha amal ini berterusan setiap tahun dan dirahmati oleh Allah S.W.T.

Terima kasih kepada pihak penganjur yang memberi kepercayaan kepada Ezaniphoto untuk merakamkan gambar-gambar proses penyediaan hingga ke acara pemberian bubur lambuk.

Angsana Seremban : Program Pemberian Bubur Lambuk Ramadhan 2015

Liputan Program Pemberian Bubur Lambuk Ramadhan 2015 yang dianjurkan oleh Plaza Angsana Seremban. Program yang dianjurkan oleh pihak pengurusan UDA MALL telah di adakan di kawasan pintu masuk Angsana Seremban pada 30 Jun 2015. Penyediaan bubur lambuk untuk program ini telah diuruskan Chef Ramlee dari Cafe Peladang. Terima kasih kepada pihak pengurusan UDA Mall Angsana Seremban kerana memberi kepercayaan kepada Ezaniphoto sebagai jurugambar rasmi (official photographer) program ini. Semoga segala amal yang dilakukan mendapat berkat dan pahala di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Ezaniphoto kini dalam senarai vendor portal Planyourwedding.my

Dengan sukacitanya pihak Ezaniphoto memaklumkan bahawa khidmat kami telah disenaraikan sebagai vendor di portal Planyourwedding.my. Promosi (Deal) Pre / Post Wedding Portraiture bermula serendah RM499* hanya untuk subscribers Planyourwedding.my

pyw1

pyw2

Majlis Pemberian Bubur Lambuk : Angsana Seremban

Majlis Pemberian Bubur Lambuk di Angsana Seremban tajaan UDA Mall  & Utusan pada 18hb Julai 2014 di perkarangan pintu masuk Angsana Seremban. Semoga usaha & amal ini diberkati oleh Allah S.W.T pada bulan Ramadhan tahun ini.

Adik & Reen : Sesi Outdoor (Anniversary)

Sesi outdoor untuk pasangan Adik & Reen di Port Dickson pada 20hb April 2014 yang lepas. Terima kasih kerana memilih EP sebagai official photographer  yang merakamkan kenangan ulangtahun (Anniversary) perkahwinan mereka.

 

Kepada pasangan yang berminat untuk merakam gambar kenangan ulangtahun Anniversay boleh menghubungi Ezaniphoto untuk mendapatkan butiran pakej foto anniversary, post wedding, foto kahwin. 011-12824511 (whatsapp available). Pihak kami menawarkan harga pakej yang berpatutan mengikut bajet anda.