Tag Archives: Bangi

Dian : Studio portraiture

Satu projek kolabrasi di antara pihak Ezaniphoto dengan dengan talent/model yang berbakat Cik Dian bersama Make-up artis Pn.Mielinda. Sesi photoshoot on-location studio yang bertemakan ‘Retro’ telah diadakan pada 10 Januari 2016 di Seremban, Terima kasih kami ucapkan kepada Cik. Dian dan Pn. Mielinda yang sangat professional dan berbakat di dalam bidang masing-masing, semoga kami dapat berkolabrasi untuk projek yang akan datang. Sebarang pertanyaan/inquiry mengenai studio photoshoot boleh menghubungi 011-12824511 (whatsapp available)

‘Behind the scene’ semasa sesi photoshoot. (kredit gambar kepada MUA Melinda)

Majlis Perasmian dan Upacara Pecah Tanah Bangunan Sekolah Hj Mohd Yatim

Liputan Majlis Perasmian & Upacara Pecah Tanah Bangunan Tambahan Surau Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim di Ulu Gadong, Kota Rembau N.S.D.K pada 11 Mac 2016. Majlis yang bersejarah ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Y.A.B. Dato’ Haji Mohamad Bin Haji Hasan. Terima kasih kepada Pihak sekolah dan Pihak PIBG kerana memberi kepercayaan kepada Ezaniphoto untuk merakamkan gambar foto rasmi majlis.

 

Kazaruddin+Khairunnisa : Majlis Resepsi

Liputan majlis resepsi & sesi outdoor portraiture  pasangan Kazaruddin dan Khairunnisa di Dewan Seri Rembau,Negeri Sembilan pada 7 November 2015. Pihak Ezaniphoto ingin mengucapkan terima kasih kerana memilih kami sebagai jurugambar perkahwinan (wedding photographer). Semoga jodoh berkekalan hingga ke Jannah.

Le Tour de Langkawi 2016 : Stage 7 Seremban-Parit Sulong

LTDL 2016 Stage 7 | Liputan Majlis pelancaran Le Tour De Langkawi Stage 7 Seremban-Parit Sulong pada 1 Mac 2016.  Majlis disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Utama Mohamad Hassan– Menteri Besar Negeri Sembilan. Majlis ini turut dimeriahkan oleh penari-penari dari Kumpulan Kebudayaan Yayasan Negeri Sembilan yang memperagakan pelbagai kostum tradisional bangsa / etnik di seluruh Malaysia. Terima kasih kepada pihak pengurusan Le Tour de Langkawi yang memberi akses media kepada Ezaniphoto semasa acara berlangsung. Klik link untuk melihat lebih paparan liputan majlis pelancaran berlangsung.

 

Secret Skin White Kawaii Collagen : Datin Dr. Halina Mohd Yunos

Liputan sesi fotografi “on-location” untuk Secret Skin Kawaii Collagen bersama Datin Dr. Halina Mohd Yunos pada 29 Mac 2015. Sesi ini berlangsung di lokasi yang dipilih oleh pihak klien, ianya berjalan dengan lancar dengan bantuan krew & team produksi. Pihak kami mengucapkan terima kasih kepada pihak Secret Skin Kawaii Collagen (Zofea Beauty) & pihak Datin Dr. Halina kerana memilih Ezaniphoto sebagai jurugambar studio dan produk (studio & product photographer).

 

Hema+Thava : Engagement

We had a great pleasure being part of Hema and Thava’s Engagement on 27th September 2015.  The Indian engagement ceremony was held at Royal Sungei Ujong Club, Seremban Negeri Sembilan. Thank you for hiring Ezaniphoto as an official photographer for memorable event of your life.

Check out some of our favourite images from their engagement ceremony.

 

 

 

Petronas Carigali+Sapura Kencana : Teambuilding Avillion Port Dickson

Liputan PCSB & SKTLO Project Closeout, Teambuilding  & Lesson Learnt Petronas Carigali dan Sapura Kencana yang bertempat di Avillion Port Dickson pada 16-18 November 2015. Pelbagai aktiviti  indoor dan outdoor diadakan sepanjang 3 hari berlangsungnya acara teambuilding tersebut. Majlis Makan Malam yang ekslusif telah diadakan di pantai persendirian Avillion dengan bertemakan kepahlawanan melayu zaman dahulu kala.

Terima kasih diucapkan kepada pihak Boustead Travel Sdn. Bhd. selaku event organiser kerana memilih khidmat Ezaniphoto sebagai jurugambar dan videografer rasmi  (official photographer & videographer) untuk Project Closeout & Teambuilding  Petronas Carigali dan Sapura Kencana.

 

Hakim+Maisara : Back to school

Sesi portret yang bertemakan “Back to School” oleh pasangan Hakim dan Maisara di Sekolah King George V Seremban pada 13 September 2015. Idea dan konsep dicadangkan oleh pasangan ini sendiri kerana mereka juga merupakan bekas pelajar sekolah tersebut. Terima kasih kerana memilih Ezaniphoto sebagai official photographer untuk sesi portrait & majlis perkahwinan mereka, semoga jodoh kekal hingga ke Jannah.

life

Wira Aridz : Majlis Aqiqah dan Cukur Jambul

Liputan Majlis Aqiqah dan Cukur Jambul Wira Aridz Wira Abadidi Ampang, Kuala Lumpur pada 12 Disember 2015. Terima kasih kepada En. Wira Abadi dan Puan Ida Suraya kerana memilih Ezaniphoto sebagai jurugambar majlis anak mereka. Semoga adik Wira Aridz menjadi anak yang soleh dan taat pada ibu bapa.

Frozen Kids Costume Competition : KipMart 2105

Liputan acara “Frozen Kids Costume Competition” yang berlangsung di KipMart Senawang pada 13 Disember 2015. Pertandingan ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu kategori 3-6 tahun dan kategori 7 tahun ke atas. Terima kasih kepada penganjur acara,  Pn. Emy Salleh. Diharapkan acara kostum kanak-kanak ini akan diadakan lagi pada masa akan datang.