Tag Archives: Boy

Housewarming party dan Majlis Bertindik Telinga Adik Zinnirah

Liputan “housewarming party” dan majlis bertindik adik Zinnirah di kediaman baru keluarga En. Mohammed dan Pn. Zara. Majlis telah berlangsung di Taman Gunung Mas, Repah  Negeri Sembilan. Terima kasih kerana memilih khidmat pihak Ezaniphoto sebagai photographer dan videographer yang bertugas untuk majlis tersebut. Kami berasa bertuah kerana berpeluang merakamkan adat tradisional bertindik telinga yang masih diamalkan oleh masyarakat India Muslim di Malaysia. Adat bertindik ini biasanya dilakukan kepada anak perempuan yang telah mencapai umur 3 atau 5 tahun.