Tag Archives: corporate event

PKKM Negeri Sembilan | Mesyuarat Agung 2017

Liputan Mesyuarat Agung Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia bhg. Negeri Sembilan (PKKM N9) Kali ke-39 yang berlangsung di Klana Resort, Seremban pada 8 Mei 2017. Mesyuarat ini dirasmikan oleh YB Senator Dato’ Hj. Mohd Salim Bin Mohd Sharif (Ahli Dewan Negara Bhg. Jempol Negeri Sembilan).

Majlis yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua PKMM-N9 Dato’ Bangsa Balang Mohamad Dahalan Alias turut dihadiri oleh Presiden PKKM Y.Bhg. Dato’ Haji Mokhtar Samad serta Timbalan Presiden YH Dato’ Haji Che Wan Mohd Khalid Mohammad.

Mesyuarat Agung yang dihadiri oleh lebih dari 100 ahli PKKM N9 ini turut memberikan sumbangan derma kepada beberapa golongan asnaf di Negeri Sembilan.

Terima kasih kami ucapkan kepada Exco PKKM N9 kerana memilih Ezaniphoto sebagai jurugambar rasmi (official event photographer) untuk majlis mereka. Semoga persatuan mereka lebih teguh dan berdaya maju pada masa hadapan.

 

PKMM N9

Flickr Album Gallery Powered By: Weblizar

Bengkel Etiqa Takaful : FGV Takaful Classes & Their Applications

Bengkel Etiqa Takaful 2016 untuk kakitangan-kakitangan dan anak syarikat kumpulan FGV. Terima kasih kepada pihak Etiqa Takaful kerana sekali lagi memilih khidmat Ezaniphoto.com sebagai jurugambar rasmi (official event photographer) mereka. Bengkel yang berlangsung pada 20hb hingga 22hb Julai 2016 ini bertempat di Holiday Inn Melaka.

[FinalTilesGallery id=’1′]

Petronas Carigali+Sapura Kencana : Teambuilding Avillion Port Dickson

Liputan PCSB & SKTLO Project Closeout, Teambuilding  & Lesson Learnt Petronas Carigali dan Sapura Kencana yang bertempat di Avillion Port Dickson pada 16-18 November 2015. Pelbagai aktiviti  indoor dan outdoor diadakan sepanjang 3 hari berlangsungnya acara teambuilding tersebut. Majlis Makan Malam yang ekslusif telah diadakan di pantai persendirian Avillion dengan bertemakan kepahlawanan melayu zaman dahulu kala.

Terima kasih diucapkan kepada pihak Boustead Travel Sdn. Bhd. selaku event organiser kerana memilih khidmat Ezaniphoto sebagai jurugambar dan videografer rasmi  (official photographer & videographer) untuk Project Closeout & Teambuilding  Petronas Carigali dan Sapura Kencana.