Tag Archives: event seremban

Majlis Sekalung Budi Sentuhan Abadi | Datin Hjh. Noraisah Hj Othman

Liputan Majlis persaraan Pengetua SMK Puteri, Seremban  Datin Hjh. Noraisah Hj Othman pada 25 Ogos 2017. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Datin Hjh Noraisah di atas segala bakti & usaha beliau mendidik para pelajar sepanjang khidmat beliau bertugas sebagai pendidik, jasamu sentiasa dikenang.

Majlis yang bertemakan kesultanan Melayu zaman dahulu kala menjadikan ianya unik serta terpahat di dalam ingatan semua guru dan para pelajar selamanya, Puan Pengetua ditatarias dan dikenakan sepersalinan baju ala Raja Permaisuri yang berona unggu  dilihat sangat anggun dan cantik ketika berada di singgahsana emas ala diraja yang ditempah khas untuk majlis ini.

Di hari terakhir Datin Hjh. Noraisah berkhidmat sebagai pengetua, beliau dihiburkan dengan persembahan para pelajar serta para guru. Pemergian beliau akan dirindui seluruh warga SMK Puteri Seremban.

Terima kasih diucapkan kepada pihak guru yang memilih khidmat Ezaniphoto.com sebagai jurugambar majlis tersebut.