Tag Archives: hotel

PKKM Negeri Sembilan | Mesyuarat Agung 2017

Liputan Mesyuarat Agung Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia bhg. Negeri Sembilan (PKKM N9) Kali ke-39 yang berlangsung di Klana Resort, Seremban pada 8 Mei 2017. Mesyuarat ini dirasmikan oleh YB Senator Dato’ Hj. Mohd Salim Bin Mohd Sharif (Ahli Dewan Negara Bhg. Jempol Negeri Sembilan).

Majlis yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua PKMM-N9 Dato’ Bangsa Balang Mohamad Dahalan Alias turut dihadiri oleh Presiden PKKM Y.Bhg. Dato’ Haji Mokhtar Samad serta Timbalan Presiden YH Dato’ Haji Che Wan Mohd Khalid Mohammad.

Mesyuarat Agung yang dihadiri oleh lebih dari 100 ahli PKKM N9 ini turut memberikan sumbangan derma kepada beberapa golongan asnaf di Negeri Sembilan.

Terima kasih kami ucapkan kepada Exco PKKM N9 kerana memilih Ezaniphoto sebagai jurugambar rasmi (official event photographer) untuk majlis mereka. Semoga persatuan mereka lebih teguh dan berdaya maju pada masa hadapan.

 

PKMM N9

Flickr Album Gallery Powered By: Weblizar

Majlis Kesyukuran Hj Salleh Hj Hassan bersama Dato’ Mahfoz & To’ Puan Oyun

Liputan Majlis Kesyukuran merangkap “Family Gathering” keluarga besar Hj Salleh Hj Hassan bersama Dato’ Mahfoz serta isteri To’ Puan Oyun. Majlis yang diadakan di Hotel Ramada Plaza Melaka ini berjalan dengan lancar dan meriah dihadiri oleh semua 3 generasi ahli keluarga Hj Salleh bersempena cuti umum Tahun Baru Cina pada 28 Januari 2017. Pihak Ezaniphoto ingin mengucapkan agar seluruh ahli keluarga Hj Salleh ini sentiasa harmoni, berkembang maju dan sihat walafiat. Terima kasih kepada Dato’ Mahfoz & To’ Puan Oyun kerana memilih kami sebagai jurugambar rasmi (official photographer) kepada majlis yang mereka anjurkan ini

Dato Mahfoz & To Puan Oyun Family Gathering

Flickr Album Gallery Powered By: Weblizar

Etiqa Takaful + Maktab Koperasi Malaysia : Seminar Keusahawanan & Melestari Modal Insan Koperasi

Liputan Seminar & MoU di antara Etiqa Takaful dan Maktab Koperasi Malaysia yang dijalankan di Hotel Summit Subang USJ pada 7hb. Februari 2017. Satu usahasama perniagaan telah dijalankan di antara dua pihak korporat tersebut. Majlis dirasmikan oleh Ybhg. En. Ahmad Rizlan Bin Azman, Ketua Operasi Maybank Ageas Holding Berhad.

Seminar yang dihadiri oleh wakil-wakil koperasi di seluruh Malaysia ini diharapkan dapat meningkatkan produktiviti dan memperkasakan koperasi yang terlibat. Di antara produk Etiqa Takaful yang diperkenalkan kepada wakil-wakil koperasi,  ialah Maya Agent dan Individual Takaful Plan Mabrur.

Terima kasih kepada pihak Etiqa Takaful sekali lagi kerana memberi tugasan kepada Ezaniphoto sebagai jurugambar rasmi “official photographer” untuk merakam Sesi Menandatangi MoU dengan Maktab Koperasi Malaysia. Sebagai photographer banyak juga perkara baru yang kami pelajari mengenai bidang insuran dan takaful, semoga ianya dapat memberikan manfaat para hadiran yang hadir di seminar tersebut.

Etiqa Takaful-MKM

Flickr Album Gallery Powered By: Weblizar

 

Jabil Ali Zabir 2nd birthday party

Sambutan majlis harijadi (birthday party) Jabil Ali Zabir yang ke-2 di Royale Bintang Spa & Resort Seremban pada 11 Mac 2015. Terima kasih kepada Dato’ Zabir dan Dr Liza yang menempah khidmat jurugambar ‘birthday’ Ezaniphoto untuk kali kedua! Semoga adik Jabil Ali panjang umur, sihat walfiat dan menjadi insan yang soleh taat kepada ibubapa.

 

 

Team building event

Exciting and fun activities coverage during Team building  event  at Grand Lexis Hotel, Port Dickson on 1 August 2015. We would like to express our gratitude & sincere thanks to  hotel management for hiring Ezaniphoto as an official photographer for their event.

Teambuilding Event

Flickr Album Gallery Powered By: Weblizar

 

 

Etiqa+Felcra : Port Dickson Mei 2015

Liputan semasa berlangsungnya Bengkel Penyelarasan Keperluan Perlindungan Takaful Harta Benda dan Kepentingan Felcra Berhad Dan Anak-anak Syarikat Bagi Tahun 2015. Bengkel ini telah dihadiri oleh para peserta yang terdiri daripada kakitangan Felcra Berhad di seluruh Malaysia. Ucapan pembukaan telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Jahare Bin Abu Bakar (Felcra berhad Group General Manager Government and Industry Relations)

Bengkel intensif mengenai penyelarasan takaful ini diadakan selama 3 hari (26-28 Mei 2015) di Lexis Hotel, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Terima kasih kepada  Etiqa Takaful Berhad selaku pihak penganjur bengkel kerana memilih khidmat Ezaniphoto sebagai jurugambar rasmi (official photographer)

 

Zul + Gee : Majlis nikah dan resepsi (Bangi Golf Resort)

Liputan Majlis pernikahan dan resepsi pasangan Zul dan Gee pada 19 Januari 2014. Majlis yang berlangsung di Bangi Golf Resort dirancang dengan sempurna dan meriah oleh pihak keluarga pengantin perempuan. Terima kasih kerana memilih Ezaniphoto sebagai jurugambar perkahwinan ( wedding photographer). Semoga jodoh kekal hingga ke Jannah, Amin.

Ezaniphoto kini dalam senarai vendor portal Planyourwedding.my

Dengan sukacitanya pihak Ezaniphoto memaklumkan bahawa khidmat kami telah disenaraikan sebagai vendor di portal Planyourwedding.my. Promosi (Deal) Pre / Post Wedding Portraiture bermula serendah RM499* hanya untuk subscribers Planyourwedding.my

pyw1

pyw2

Galeri telah dikemaskini

Galeri Ezaniphoto telah dikemaskini dengan gambar-gambar terbaru yang kami rakamkan daripada tahun 2011 sehingga 2015.

1 slot baru telah dimasukkan iaitu Studio Portraiture. Sila kunjungi page Gallery untuk melihat gambar-gambar perkahwinan, event dan portrait yang telah kami update! Pelbagai pakej foto disediakan. Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan.

Gallery-Page

 

Nicom Steel : Annual Dinner (Head Wear Nite 2014)

Majlis makan malam tahunan (Annual Dinner) Nicom Steel (M) Sdn Bhd di Hotel Marriott Putrajaya, pada 19 September 2014. Terima kasih kepada AJK Nicom kerana memberi kepercayaan kepada Ezaniphoto sebagai jurugambar rasmi (official photographer) profesional untuk majlis tersebut. Majlis yang dianjurkan secara tahunan ini berlangsung secara meriahnya dengan pelbagai aktiviti & hiburan yang telah disediakan oleh Peakstance (Event management).