Tag Archives: jurugambar event negeri sembilan

Konsert Caklempong Ekstravaganza 2016 | JKKN Negeri Sembilan

Pihak Ezaniphoto berkesempatan untuk menyaksikan Konsert Caklempong Ekstravaganza 2016 yang berlangsung di Auditorium D’Sury, Kompleks JKKN Negeri Sembilan pada 20 May 2016. Konsert yang gilang gemilang ini didatangkan dengan 20 orang pemain Caklempong Negeri Sembilan serta dibintangi oleh penyanyi popular seperti Dato’ Ramli Sarip, Dato’ Khatijah Ibrahim, Farawahida serta kumpulan Genji Busker.
Konsert yang berlangsung selama 2 hari ini disempurnakan pembukaanya oleh Datin Sri Hamidah Khamis, isteri Timbalan Perdana Menteri diiringi dengan Datin Sri Salbiah Tengku Nujumudin, isteri Menteri Besar Negeri Sembilan. Pihak kami mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak penganjur yang telah berjaya memartabatkan muzik tradisional Caklempong di Negeri Sembilan dan seluruh Malaysia.

Adik & Reen : Sesi Outdoor (Anniversary)

Sesi outdoor untuk pasangan Adik & Reen di Port Dickson pada 20hb April 2014 yang lepas. Terima kasih kerana memilih EP sebagai official photographer  yang merakamkan kenangan ulangtahun (Anniversary) perkahwinan mereka.

 

Kepada pasangan yang berminat untuk merakam gambar kenangan ulangtahun Anniversay boleh menghubungi Ezaniphoto untuk mendapatkan butiran pakej foto anniversary, post wedding, foto kahwin. 011-12824511 (whatsapp available). Pihak kami menawarkan harga pakej yang berpatutan mengikut bajet anda.