Tag Archives: jurugambar korporat

Bengkel Etiqa Takaful : FGV Takaful Classes & Their Applications

Bengkel Etiqa Takaful 2016 untuk kakitangan-kakitangan dan anak syarikat kumpulan FGV. Terima kasih kepada pihak Etiqa Takaful kerana sekali lagi memilih khidmat Ezaniphoto.com sebagai jurugambar rasmi (official event photographer) mereka. Bengkel yang berlangsung pada 20hb hingga 22hb Julai 2016 ini bertempat di Holiday Inn Melaka.

[FinalTilesGallery id=’1′]

Angsana Seremban | Program Pemberian Bubur Lambuk Ramadhan 2016

Liputan Program Pemberian Bubur Lambuk Ramadhan oleh pengurusan UDA Mall dan Angsana Seremban pada 28 Jun 2016 di pintu masuk Plaza Angsana Seremban. Acara yang di adakan pada setiap bulan puasa ini meupakan satu program amal memberi bubur lambuk kepada semua pengunjung yang datang ke plaza ini. Semoga usaha amal ini berterusan setiap tahun dan dirahmati oleh Allah S.W.T.

Terima kasih kepada pihak penganjur yang memberi kepercayaan kepada Ezaniphoto untuk merakamkan gambar-gambar proses penyediaan hingga ke acara pemberian bubur lambuk.

Etiqa+Felcra : Port Dickson Mei 2015

Liputan semasa berlangsungnya Bengkel Penyelarasan Keperluan Perlindungan Takaful Harta Benda dan Kepentingan Felcra Berhad Dan Anak-anak Syarikat Bagi Tahun 2015. Bengkel ini telah dihadiri oleh para peserta yang terdiri daripada kakitangan Felcra Berhad di seluruh Malaysia. Ucapan pembukaan telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Jahare Bin Abu Bakar (Felcra berhad Group General Manager Government and Industry Relations)

Bengkel intensif mengenai penyelarasan takaful ini diadakan selama 3 hari (26-28 Mei 2015) di Lexis Hotel, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Terima kasih kepada  Etiqa Takaful Berhad selaku pihak penganjur bengkel kerana memilih khidmat Ezaniphoto sebagai jurugambar rasmi (official photographer)

 

Biker portraiture

Satu projek fotografi lifestyle portraiture pada Disember 2011 di sekitar Seremban. Terima kasih kepada Firdaus (talent & pemilik Cagiva) ini kerana menjayakan projek strobist ini.