Tag Archives: jurukamera jabatan kerajaan

Kempen Pendaftaran OKU dan Pertandingan Bakat Istimewa

Kempen Pendaftaran OKU, Pertandingan Bakat Istimewa dan Produk PDK Peringkat Negeri Sembilan yang diadakan di Seremban Prima pada 19hb Oktober 2014. Majlis yang dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan ini telah disempurnakan oleh Ybg. Dato’ Norhayati Omar, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Sembilan Darul Khusus. Terima kasih kepada pihak penganjur yang telah melantik Ezaniphoto sebagai jurugambar dan video rasmi majlis (official photographer and videographer).

Studio fotografi Graduasi Tadika PPKK Pintar Berseri

Pihak Ezaniphoto telah berpeluang mengadakan 1 sesi fotografi studio untuk pelajar tadika Pusat Perkembangan Kanak-Kanak Pintar Berseri pada 3hb Oktober 2014 di Taman Bandar Senawang, Negeri Sembilan.  Terima kasih kepada Pihak Pengurusan PPKK Pintar Berseri kerana memilih khidmat kami sebagai jurugambar studio untuk sesi casino online studio portrait graduasi mereka. Semoga adik-adik yang belajar di sini menjadi insan yang berguna dan berjaya pada masa hadapan.

Kepada Pihak/Pengurusan Tadika yang berminat untuk mengambil gambar studio sila hubungi : 011-12824511 (whatsapp) untuk sebarang pertanyaan mengenai harga dan pakej.

Majlis Persaraan Ketua Pengarah JKKP Malaysia : Dato’ Dr. Ir. Johari Bin Basri

Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerja¬† Negeri Sembilan (JKKP NS) telah memberikan kepercayaan kepada Ezaniphoto sebagai jurugambar rasmi untuk Majlis Sekalung Budi Sejambak Kasih Ketua Pengarah JKKP yang berlangsung di Dewan Wisma Perkeso, Seremban pada 9hb. Jun 2014. Semoga Dato’ Dr. Ir. Johari Bin Basri akan sentiasa memberikan sumbangan & bakti kepada negara walaupun tempoh khidmat beliau akan tamat tidak lama lagi.

Kredit kepada Kamil Lokman sebagai jurugambar utama majlis tersebut.