Liputan Majlis Perasmian Pejabat Jualan Laman Salam Ehsan oleh Ehsan Properties di Pedas, Negeri Sembilan pada 13 Januari 2018.
Majlis dirasmikan oleh Dato’ Haji Syed Jamarulkhan Bin Hj. S. Kadir selaku Presiden MIMCOIN – The Malaysian Indian Muslim Chamber of Commerce and Industry.
Tahniah diucapkan kepada Dato’ Haji Abdul Hamid Bin PV Abdu CEO Ehsan Properties kerana berjaya membangunkan projek perumahan yang baru di kawasan Pedas Negeri Sembilan ini. Semoga projek perumahan mesra rakyat ini berjaya serta memberikan kediaman yang mampu milik kepada warga bumiputera.
Segala maklumat dan info mengenai Laman Salam Ehsan boleh didapati di Ehsan Properties dan facebook page mereka : https://www.facebook.com/EhsanProperty/
Terima kasih kepada pihak pengurusan Ehsan Properties kerana memberi kepercayaan kepada Ezaniphoto sebagai jurugambar majlis mereka (Official event photographer)