Tag Archives: Kuala Lumpur

Etiqa Takaful + Maktab Koperasi Malaysia : Seminar Keusahawanan & Melestari Modal Insan Koperasi

Liputan Seminar & MoU di antara Etiqa Takaful dan Maktab Koperasi Malaysia yang dijalankan di Hotel Summit Subang USJ pada 7hb. Februari 2017. Satu usahasama perniagaan telah dijalankan di antara dua pihak korporat tersebut. Majlis dirasmikan oleh Ybhg. En. Ahmad Rizlan Bin Azman, Ketua Operasi Maybank Ageas Holding Berhad.

Seminar yang dihadiri oleh wakil-wakil koperasi di seluruh Malaysia ini diharapkan dapat meningkatkan produktiviti dan memperkasakan koperasi yang terlibat. Di antara produk Etiqa Takaful yang diperkenalkan kepada wakil-wakil koperasi,  ialah Maya Agent dan Individual Takaful Plan Mabrur.

Terima kasih kepada pihak Etiqa Takaful sekali lagi kerana memberi tugasan kepada Ezaniphoto sebagai jurugambar rasmi “official photographer” untuk merakam Sesi Menandatangi MoU dengan Maktab Koperasi Malaysia. Sebagai photographer banyak juga perkara baru yang kami pelajari mengenai bidang insuran dan takaful, semoga ianya dapat memberikan manfaat para hadiran yang hadir di seminar tersebut.

Etiqa Takaful-MKM

Flickr Album Gallery Powered By: Weblizar

 

Dr Ridzuan + Dr Ilyana : Majlis Resepsi

Liputan majlis resepsi pasangan Dr. Ilyana dan Dr. Ridzuan. Tahniah kami ucapkan kepada pasangan ini yang telah melangsungkan perkahwinan mereka di Taman Sri Rembau, Rembau Negeri Sembilan pada 9 Oktober 2016. Semoga kekal jodoh hingga ke Jannah. Kali ni kami nak postkan gambar posing pengantin di majlis dan pelamin (actual day wedding photography) , asyik outdoor pose jer Raja Sehari juga dipersembahkan dengan tarian piring yang terkenal di daerah Rembau Negeri Sembilan. Busana pengantin dan tatarias pelamin yang eksklusif oleh perancang perkahwinan (wedding planner) Nana Sa’at II

 

Tadika Progresif Premier graduation & group photo

Liputan gambar studio graduasi & dan outdoor pelajar Tadika Progresif Premier (Tadika Dr Z) di Damansara Perdana pada 29 November 2016. Terima kasih kepada pihak pengurusan Tadika Dr Z kerana memilih khidmat Ezaniphoto sebagai jurugambar group dan graduasi tadika mereka (kindergarten graduation photo)

Khuzaifi + Wan Norzalina | Anniversary portraiture

Sesi fotografi Dinner ulangtahun perkahwinan (anniversary photography) yang romantik pasangan En. Khuzaifi dan Pn. Wan Norzalina di Thistle, Port Dickson pada 27 Februari 2016. Pada awal pagi keesokannya  kami juga mengadakan sesi outdoor portraiture untuk pasangan romantis ini di sekitar pantai Port Dickson.

Pihak Ezaniphoto mengucapkan terima kasih kepada En. Khuzaifi dan isterinya yang memberi kepercayaan kepada pihak kami untuk merakamkan detik-detik istimewa ulangtahun perkahwinan (anniversary) mereka, semoga jodoh kekal hingga ke Jannah.

Awaludin + Nisa | Majlis Pertunangan

Liputan majlis pertunangan pasangan Awaludin dan Nisa di Ayer Molek, Melaka pada 21 Mei 2016.

Me’nate Steak Hub Bangi |Pembukaan cawangan baru

Liputan hari pembukaan cawangan baru restoran Me’nate Steak di Bandar Baru Bangi pada 22 Januari 2016.  Bagi pengemar makanan steak kini boleh mencuba pelbagai menu di restoran ini dengan harga yang berpatutan. Terima kasih kepada pihak pengurusan Me’nate kerana memilih khidmat Ezaniphoto untuk mendokumentasikan perjalanan kerja / flow staff mereka pada hari pembukaan,  semoga perniagaan mereka berkembang maju dan berjaya.

 

Risteena Munim | Studio dan produk photoshoot

Liputan sesi studio untuk produk makanan & kecantikan Cantalina oleh pelakon tanahair Risteena Munim di Shah Alam pada 29 Julai 2015. Terima kasih kepada pihak pengurusan Cantalina yang memberi kepercayaan kepada Ezaniphoto untuk mengambil gambar produk mereka pada sesi tersebut.

Sebarang inquiry mengenai studio photography boleh menghubungi kami di 011-12824511 (whatsapp available)

 

 

PPKK Pintar Berseri | Studio Graduasi Tadika

Gambar-gambar kelas dan studio portrait pelajar tadika Pusat Perkembangan Kanak-Kanak Pintar Berseri, Senawang, Negeri Sembilan. Terima kasih kepada Pn. Jayanthi dan guru-guru PPKK Pintar Berseri kerana memberi kepercayaan kali kedua kepada Ezaniphoto untuk merakamkan gambar kelas dan potret graduasi pelajar-pelajar mereka. Pihak kami memberikan kelainan pada gambar tadika kali ini apabila pihak pengurusan tadika inginkan latarbelakang digital menghiasi gambar tadika.

Majlis Graduasi Kolej Permata Pintar | UKM Bangi

Liputan Majlis Graduasi Kolej Permata Pintar di UKM Bangi pada 5 Februari 2016. Syabas diucapkan kepada semua graduan yang berjaya menamatkan pengajian mereka di kolej yang berprestij ini , semoga mereka akan menjadi individu yang cemerlang yang mampu memberi sumbangan kepada negara pada masa akan datang. Pihak Ezaniphoto ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Kolej Permata Pintar kerana memberi kepercayaan untuk merakam gambar penerimaan sijil dan portrait graduasi / studio.

 

Konsert Caklempong Ekstravaganza 2016 | JKKN Negeri Sembilan

Pihak Ezaniphoto berkesempatan untuk menyaksikan Konsert Caklempong Ekstravaganza 2016 yang berlangsung di Auditorium D’Sury, Kompleks JKKN Negeri Sembilan pada 20 May 2016. Konsert yang gilang gemilang ini didatangkan dengan 20 orang pemain Caklempong Negeri Sembilan serta dibintangi oleh penyanyi popular seperti Dato’ Ramli Sarip, Dato’ Khatijah Ibrahim, Farawahida serta kumpulan Genji Busker.
Konsert yang berlangsung selama 2 hari ini disempurnakan pembukaanya oleh Datin Sri Hamidah Khamis, isteri Timbalan Perdana Menteri diiringi dengan Datin Sri Salbiah Tengku Nujumudin, isteri Menteri Besar Negeri Sembilan. Pihak kami mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak penganjur yang telah berjaya memartabatkan muzik tradisional Caklempong di Negeri Sembilan dan seluruh Malaysia.