Tag Archives: malaysian photographer

Konsert Caklempong Ekstravaganza 2016 | JKKN Negeri Sembilan

Pihak Ezaniphoto berkesempatan untuk menyaksikan Konsert Caklempong Ekstravaganza 2016 yang berlangsung di Auditorium D’Sury, Kompleks JKKN Negeri Sembilan pada 20 May 2016. Konsert yang gilang gemilang ini didatangkan dengan 20 orang pemain Caklempong Negeri Sembilan serta dibintangi oleh penyanyi popular seperti Dato’ Ramli Sarip, Dato’ Khatijah Ibrahim, Farawahida serta kumpulan Genji Busker.
Konsert yang berlangsung selama 2 hari ini disempurnakan pembukaanya oleh Datin Sri Hamidah Khamis, isteri Timbalan Perdana Menteri diiringi dengan Datin Sri Salbiah Tengku Nujumudin, isteri Menteri Besar Negeri Sembilan. Pihak kami mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak penganjur yang telah berjaya memartabatkan muzik tradisional Caklempong di Negeri Sembilan dan seluruh Malaysia.

Le Tour de Langkawi 2016 : Stage 7 Seremban-Parit Sulong

LTDL 2016 Stage 7 | Liputan Majlis pelancaran Le Tour De Langkawi Stage 7 Seremban-Parit Sulong pada 1 Mac 2016.  Majlis disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Utama Mohamad Hassan– Menteri Besar Negeri Sembilan. Majlis ini turut dimeriahkan oleh penari-penari dari Kumpulan Kebudayaan Yayasan Negeri Sembilan yang memperagakan pelbagai kostum tradisional bangsa / etnik di seluruh Malaysia. Terima kasih kepada pihak pengurusan Le Tour de Langkawi yang memberi akses media kepada Ezaniphoto semasa acara berlangsung. Klik link untuk melihat lebih paparan liputan majlis pelancaran berlangsung.

 

Hj Sazali family : studio portraiture

Sesi studio fotografi untuk famili Hj Sazali di Taman Panchor Jaya, Seremban Negeri Sembilan. Terima kasih kepada Pn. Munira Hj Sazali kerana memilih khidmat Ezaniphoto.com untuk merakamkan gambar-gambar potret famili beliau. Untuk sebarang pertanyaan mengenai khidmat photographer professional & studio sila hubungi 011-12824511 (whatsapp available)