Tag Archives: “Melaka photographer”

Brad + Norain | Majlis Resepsi

Liputan majlis resepsi  Brad Harnain dan Norain di Bangi Golf Resort pada 29 April 2017. Pasangan yang melangsungkan majlis nikah pada hari yang sama ini telah memilih tema moden berkonsepkan ala English garden pada hari bahagia mereka.

Terima kasih kepada Brad dan Norain kerana memilih Ezaniphoto sebagai jurugambar perkahwinan (wedding photographer) mereka. Tahniah diucapkan kepada pasangan ini, pihak kami mendoakan semoga jodoh kekal hingga ke Jannah.

Brad + Norain | Reception Day

Flickr Album Gallery Powered By: Weblizar

Bengkel Etiqa Takaful : FGV Takaful Classes & Their Applications

Bengkel Etiqa Takaful 2016 untuk kakitangan-kakitangan dan anak syarikat kumpulan FGV. Terima kasih kepada pihak Etiqa Takaful kerana sekali lagi memilih khidmat Ezaniphoto.com sebagai jurugambar rasmi (official event photographer) mereka. Bengkel yang berlangsung pada 20hb hingga 22hb Julai 2016 ini bertempat di Holiday Inn Melaka.

[FinalTilesGallery id=’1′]

Awaludin + Nisa | Majlis Pertunangan

Liputan majlis pertunangan pasangan Awaludin dan Nisa di Ayer Molek, Melaka pada 21 Mei 2016.

Angsana Seremban | Program Pemberian Bubur Lambuk Ramadhan 2016

Liputan Program Pemberian Bubur Lambuk Ramadhan oleh pengurusan UDA Mall dan Angsana Seremban pada 28 Jun 2016 di pintu masuk Plaza Angsana Seremban. Acara yang di adakan pada setiap bulan puasa ini meupakan satu program amal memberi bubur lambuk kepada semua pengunjung yang datang ke plaza ini. Semoga usaha amal ini berterusan setiap tahun dan dirahmati oleh Allah S.W.T.

Terima kasih kepada pihak penganjur yang memberi kepercayaan kepada Ezaniphoto untuk merakamkan gambar-gambar proses penyediaan hingga ke acara pemberian bubur lambuk.

Karnival Belia 2016 | Perasmian Komuniti Usahawan Selangor

Liputan Majlis Perasmian Komuniti Usahawan Selangor yang berlangsung dalam Karnival Belia 2016 di Tesco Semenyih pada 23 April 2016. Majlis dirasmikan oleh Y.B Puan Dr. Daroyah Alwi, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor.Pihak Ezaniphoto ingin mengucapkan terima kasih kepada En. Muhammad Nazri Kamarudin selaku Pengerusi Komuniti Usahawan Selangor yang memberikan kepercayaan kepada kami sebagai jurugambar rasmi (official photographer) majlis tersebut.

Kazaruddin+Khairunnisa : Majlis Resepsi

Liputan majlis resepsi & sesi outdoor portraiture  pasangan Kazaruddin dan Khairunnisa di Dewan Seri Rembau,Negeri Sembilan pada 7 November 2015. Pihak Ezaniphoto ingin mengucapkan terima kasih kerana memilih kami sebagai jurugambar perkahwinan (wedding photographer). Semoga jodoh berkekalan hingga ke Jannah.

Syed Faris+Sharifah Anishah : Majlis Nikah & Resepsi

Liputan majlis perkahwinan pasangan Syed Faris Afandi Bin Dato’ Seri Amar Di-Raja Hj. Syed Abdullah Al Qudsi dan Sharifah Anisah Bt. Syed Ali Al Qadri di Taman Paroi Jaya, Seremban Negeri Sembilan pada 10 November 2015. Pihak Ezaniphoto ingin mengucapkan terima kasih kepada Syed Asyraf sekeluarga kerana memberi kepercayaan kepada kami sebagai jurugambar perkahwinan (wedding photographer) untuk merakamkan detik-detik bersejarah majlis pernikahan dan persandingan adik perempuan beliau. Pihak kami ingin mendoakan agar jodoh pasangan ini kekal hingga ke Jannah, amin.

 

 

Frozen Kids Costume Competition : KipMart 2105

Liputan acara “Frozen Kids Costume Competition” yang berlangsung di KipMart Senawang pada 13 Disember 2015. Pertandingan ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu kategori 3-6 tahun dan kategori 7 tahun ke atas. Terima kasih kepada penganjur acara,  Pn. Emy Salleh. Diharapkan acara kostum kanak-kanak ini akan diadakan lagi pada masa akan datang.