Tag Archives: melayu negeri sembilan

Zulhafiz + Nurul Adina : Majlis Nikah dan Resepsi

Liputan majlis pernikahan Zulhafiz dan Nurul Adina di Majlis Sultan Mizan, Putrajaya serta majlis persandingan yang berlangsung di Dewan Serbaguna PGA Semenyih, Selangor pada 22 dan 23 November 2014. Terima kasih kepada pihak keluarga Nurul Adina kerana memilih khidmat photographer professional kami untuk kedua-dua majlis tersebut. Semoga hubungan kekal hingga ke Jannah, Amin.

Keunikan Tarian Piring di Negeri Sembilan : Plate Dancer

Tarian piring merupakan salah satu seni tarian tradisional yang masih diamalkan orang Melayu  berketurunan Minang di Negeri Sembilan. Adat unik ini biasanya diadakan majlis-majlis keraian seperti perkahwinan di kawasan luar bandar atau kampung. Tarian ini selalu dipersembahkan di hadapan pasangan pengantin yang sedang bersanding di pelamin. Si penari akan menari-nari sambil memegang sepasang piring yang diketuk berulangkali dengan cincin suasa yang dipakai di jarinya. Tarian Piring selalunya diiringi oleh kumpulan muzik tradisional yang membawa gong, kompang atau rebana. Pihak Ezaniphoto berasa amat bertuah kerana berpeluang merakamkan gambar-gambar tradisi ini semasa bertugas sebagai jurugambar rasmi (official photographer) majlis perkahwinan pasangan Syed dan Ika di Rembau, Negeri Sembilan pada  bulan Jun 2014 yang lalu.

Malay traditional ritual during wedding ceremony. This ritual still been practiced in rural area in Negeri Sembilan, Malaysia.
During the ritual, the dancer will dance in front of the newly weds with rings attached to his finger while continuously tapping the plate while dancing.