Tag Archives: negeri sembilan

Ummi Genius Kindergarten| Studio Graduasi

Liputan gambar-gambar studio graduasi Tadika Ummi Genius, Petaling Jaya pada 26 Oktober 2015. Pihak Ezaniphoto ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan serta guru yang membantu kami semasa proses pengambaran studio dilakukan. Sila hubungi 011-12824511 untuk sebarang pertanyaan mengenai khidmat fotogafi studio graduasi tadika.

 

 

 

 

 

 

PPKK Pintar Berseri | Studio Graduasi Tadika

Gambar-gambar kelas dan studio portrait pelajar tadika Pusat Perkembangan Kanak-Kanak Pintar Berseri, Senawang, Negeri Sembilan. Terima kasih kepada Pn. Jayanthi dan guru-guru PPKK Pintar Berseri kerana memberi kepercayaan kali kedua kepada Ezaniphoto untuk merakamkan gambar kelas dan potret graduasi pelajar-pelajar mereka. Pihak kami memberikan kelainan pada gambar tadika kali ini apabila pihak pengurusan tadika inginkan latarbelakang digital menghiasi gambar tadika.

Anna Lulu | Outdoor Portraiture

Liputan sesi outdoor portraiture serta behind the scene untuk satu projek kolaborasi di antara pihak Ezaniphoto, Talent-model Anna Lulu, Make-up Artist Muhammad Aris Sahir, Hair stylist & Busana oleh Adnan Haris. Sesi di adakan di lokasi sekitar kawasan Seremban 2, Negeri Sembilan. Sebarang inquiry mengenai khidmat fotography fashion boleh menghubungi 011-12824511 (whatsapp available)

Konsert Caklempong Ekstravaganza 2016 | JKKN Negeri Sembilan

Pihak Ezaniphoto berkesempatan untuk menyaksikan Konsert Caklempong Ekstravaganza 2016 yang berlangsung di Auditorium D’Sury, Kompleks JKKN Negeri Sembilan pada 20 May 2016. Konsert yang gilang gemilang ini didatangkan dengan 20 orang pemain Caklempong Negeri Sembilan serta dibintangi oleh penyanyi popular seperti Dato’ Ramli Sarip, Dato’ Khatijah Ibrahim, Farawahida serta kumpulan Genji Busker.
Konsert yang berlangsung selama 2 hari ini disempurnakan pembukaanya oleh Datin Sri Hamidah Khamis, isteri Timbalan Perdana Menteri diiringi dengan Datin Sri Salbiah Tengku Nujumudin, isteri Menteri Besar Negeri Sembilan. Pihak kami mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak penganjur yang telah berjaya memartabatkan muzik tradisional Caklempong di Negeri Sembilan dan seluruh Malaysia.

Dian : Studio portraiture

Satu projek kolabrasi di antara pihak Ezaniphoto dengan dengan talent/model yang berbakat Cik Dian bersama Make-up artis Pn.Mielinda. Sesi photoshoot on-location studio yang bertemakan ‘Retro’ telah diadakan pada 10 Januari 2016 di Seremban, Terima kasih kami ucapkan kepada Cik. Dian dan Pn. Mielinda yang sangat professional dan berbakat di dalam bidang masing-masing, semoga kami dapat berkolabrasi untuk projek yang akan datang. Sebarang pertanyaan/inquiry mengenai studio photoshoot boleh menghubungi 011-12824511 (whatsapp available)

‘Behind the scene’ semasa sesi photoshoot. (kredit gambar kepada MUA Melinda)

Farhan+Nadia : Sesi Portrait

Sesi portraiture (majlis resepsi) untuk pasangan Farhan dan Nadia di Kampung Bandar Tinggi Kuala Klawang (Jelebu) Negeri Sembilan pada 30 Mei 2015. Terima kasih kerana memilih khidmat jurugambar perkahwinan (wedding photographer) Ezaniphoto. Semoga jodoh kekal hingga ke Jannah.

Shahfeeza Family : Studio Portraiture

Sesi studio portraiture untuk keluarga Cik Shahfeeza Selong di kediaman famili beliau di Taman Bandar Senawang pada 22 Ogos 2015. Terima kasih kerana memilih khidmat “on-location” studio Ezaniphoto.

Jelebu International Motocross Invitation 2015

Liputan Jelebu International Motocross Invitation 2015 yang berlangsung pada 29-3o Ogos 2015 di Hutan Lipur Jeram Toi, Negeri Sembilan. Pihak kami sempat merakamkan beberapa aksi penunggang Motocross tempatan semasa berada di trek perlumbaan. Acara yang berlangsung di daerah Jelebu (Kuala Klawang), Negeri Sembilan ini telah menarik beberapa pasukan antarabangsa untuk menyertai beberapa kategori yang telah dianjurkan. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Lembaga Perlancongan Negeri Sembilan kerana menganjurkan acara ini, semoga ianya menjadi acara tahunan di negeri ini. Syabas dan tahniah kepada Jelebu United Dirt Bike Club (JUDC) kerana menguruskan acara meriah ini dengan lancar dan professional.

 

Elni : Family portraiture Aidilfitri 2015

Sesi outdoor fotografi (family photo) Puan Elni Azuma Ramli pada Hari Raya Aidilfitri di Taman Tasik Nilai Impian, pada 19 Julai 2015. Terima kasih kepada beliau dan sesi keluarganya yang telah memberikan kerjasama untuk pose-pose gambar yang menarik serta kandid! Semoga Aidilfitri kali ini memberikan keceriaan dan kemeriahan kepada Puan Elni dan sesi keluarga!

Angsana Seremban : Program Pemberian Bubur Lambuk Ramadhan 2015

Liputan Program Pemberian Bubur Lambuk Ramadhan 2015 yang dianjurkan oleh Plaza Angsana Seremban. Program yang dianjurkan oleh pihak pengurusan UDA MALL telah di adakan di kawasan pintu masuk Angsana Seremban pada 30 Jun 2015. Penyediaan bubur lambuk untuk program ini telah diuruskan Chef Ramlee dari Cafe Peladang. Terima kasih kepada pihak pengurusan UDA Mall Angsana Seremban kerana memberi kepercayaan kepada Ezaniphoto sebagai jurugambar rasmi (official photographer) program ini. Semoga segala amal yang dilakukan mendapat berkat dan pahala di bulan Ramadhan yang mulia ini.