Tag Archives: negeri sembilan professional school photography

Maahad Ahmadi | Majlis Anugerah Kecemerlangan STAM 2017

Liputan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2017 Maahad Ahmadi Negeri Sembilan di Gemencheh pada 16 April 2018. Majlis yang dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan YAB Dato Seri Utama Haji Mohammad bin Haji Hasan ini berlangsung di Dewan Maahad Ahmadi (STAM) dengan dihadiri oleh 61 orang pelajar STAM yang cemerlang dengan 30 orang daripadanya berjaya memperoleh Anugerah Mumtaz. Dalam majlis yang sama seramai 23 orang guru turut menerima Anugerah Guru Cemerlang. Syabas kepada Pengetua; Tuan Haji Abdul Rahim Maamor, guru-guru serta semua pelajar yang telah berjaya mengekalkan prestasi yang terbaik, semoga Maahad Ahmadi akan sentiasa mengekalkan rekod cemerlang ini setiap tahun.

Dalam majlis yang sama Menteri Besar Negeri Sembilan juga turut memberikan sumbangan cek bernilai RM 30 ribu kepada pihak sekolah. Semoga dengan dana yang diterima dapat menambah baik infrastruktur serta kemudahan sekolah bagi memberi keselesaan kepada warga Maahad Ahmadi.
Hadir sama, mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemencheh, Dato’ Mohd Isam Haji Mohd Isa; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Dato’ Haji Selamat Paigo dan Yang Dipertua PIBG Maahad Ahmadi, Tuan Hasnan Hashim.