Tag Archives: package photography

Cendekiawan Education | Temasya Mini Sukan 2018

Liputan Temasya Mini Sukan 2018 oleh Cendekiawan Educare di SK Putrajaya Precint 9 (2) pada 5 Mei 2018.

Temasya sukan yang bagi dikhususkan kepada murid-murid Tadika Tunas Muda Cendekiawan ini berlangsung dengan meriah dengan dihadiri oleh semua ibu bapa dan penjaga mereka. Pelbagai ragam dan keletah murid-murid telah dirakamkan sepanjang acara ini berlangsung, rasa kagum dengan para guru yang berdedikasi menguruskan murid-murid mereka dengan begitu lancar dan teratur.

Acara tahunan Cendekiawan Educare ini telah dirasmikan oleh penasihat dan penaungnya Pn. Nurmah bt Ibrahim. Syabas diucapkan kepada warga Cendekiawan Educare kerana telah menjalankan Temasya Mini Sukan ini dengan jayanya. Pihak Ezaniphoto ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Cendekiawan Educare kerana memilih kami sebagai jurugambar rasmi (official photographer) mereka.

 

 

 

 

 

Zulhafiz + Nurul Adina : Majlis Nikah dan Resepsi

Liputan majlis pernikahan Zulhafiz dan Nurul Adina di Majlis Sultan Mizan, Putrajaya serta majlis persandingan yang berlangsung di Dewan Serbaguna PGA Semenyih, Selangor pada 22 dan 23 November 2014. Terima kasih kepada pihak keluarga Nurul Adina kerana memilih khidmat photographer professional kami untuk kedua-dua majlis tersebut. Semoga hubungan kekal hingga ke Jannah, Amin.

Syed Muhsin family photo

Sesi studio fotografi yang meriah oleh famili Syed Muhsin di Emerald Park, Seremban 2 pada 5 Disember 2014. Terima kasih kerana menempah khidmat photographer professional kami.