Tag Archives: pakej foto

Q-Dees Graduation & Concert 2016

An amazing and wonderful performance by Q-Dees Sikamat & Q-Dees Senawang children during their annual concert & graduation of 2016. This memorable event was held at Auditorium D’Sury Kompleks JKKN Seremban, Negeri Sembilan on 27th November 2016. Ezaniphoto would like to thank The Q-Dees Sikamat & Senawang management for hiring us as the official photographer.

For more photos, please follow the link below http://client.ezaniphoto.com/qdees_concert2016/

 

Anna Lulu | Outdoor Portraiture

Liputan sesi outdoor portraiture serta behind the scene untuk satu projek kolaborasi di antara pihak Ezaniphoto, Talent-model Anna Lulu, Make-up Artist Muhammad Aris Sahir, Hair stylist & Busana oleh Adnan Haris. Sesi di adakan di lokasi sekitar kawasan Seremban 2, Negeri Sembilan. Sebarang inquiry mengenai khidmat fotography fashion boleh menghubungi 011-12824511 (whatsapp available)

Kazaruddin+Khairunnisa : Majlis Resepsi

Liputan majlis resepsi & sesi outdoor portraiture  pasangan Kazaruddin dan Khairunnisa di Dewan Seri Rembau,Negeri Sembilan pada 7 November 2015. Pihak Ezaniphoto ingin mengucapkan terima kasih kerana memilih kami sebagai jurugambar perkahwinan (wedding photographer). Semoga jodoh berkekalan hingga ke Jannah.

Hazmi+Nurul : Majlis Pernikahan

Liputan majlis pernikahan pasangan Hazmi dan Nurul di Taman Seri Penaga , Sikamat Seremban pada 7 Ogos 2015. Terima kasih kepada mereka berdua kerana mengambil Ezaniphoto sebagai jurugambar rasmi majlis perkahwinan mereka (official wedding photographer) Pihak kami mendoakan semoga jodoh mereka sampai ke Jannah.

Jabil Ali Zabir 2nd birthday party

Sambutan majlis harijadi (birthday party) Jabil Ali Zabir yang ke-2 di Royale Bintang Spa & Resort Seremban pada 11 Mac 2015. Terima kasih kepada Dato’ Zabir dan Dr Liza yang menempah khidmat jurugambar ‘birthday’ Ezaniphoto untuk kali kedua! Semoga adik Jabil Ali panjang umur, sihat walfiat dan menjadi insan yang soleh taat kepada ibubapa.

 

 

Hasli + Syazana : Majlis Nikah & Resepsi

Liputan majlis pernikahan, resepsi & outdoor pasangan Hasli dan Syazana di Pulai Villa, Seremban pada 26 dan 27 Disember 2014. Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah. Terima kasih kepada keluarga Pn. Syazana kerana memilih Ezaniphoto sebagai jurugambar majlis (official photographer)

 

Housewarming party dan Majlis Bertindik Telinga Adik Zinnirah

Liputan “housewarming party” dan majlis bertindik adik Zinnirah di kediaman baru keluarga En. Mohammed dan Pn. Zara. Majlis telah berlangsung di Taman Gunung Mas, Repah  Negeri Sembilan. Terima kasih kerana memilih khidmat pihak Ezaniphoto sebagai photographer dan videographer yang bertugas untuk majlis tersebut. Kami berasa bertuah kerana berpeluang merakamkan adat tradisional bertindik telinga yang masih diamalkan oleh masyarakat India Muslim di Malaysia. Adat bertindik ini biasanya dilakukan kepada anak perempuan yang telah mencapai umur 3 atau 5 tahun.

 

Rahmat dan Atikah : Resepsi di Felda Raja Alias 4

Liputan Majlis Resepsi bagi pasangan Rahmat  dan Atikah di Felda Raja Alias 4, Jempol pada yang Mei 2014. Terima kasih kerana memilih khidmat Ezaniphoto sebagai jurugambar rasmi majlis perkahwinan mereka. Semoga panjang umur dan kekal jodoh hingga ke Jannah.

 

Keunikan Tarian Piring di Negeri Sembilan : Plate Dancer

Tarian piring merupakan salah satu seni tarian tradisional yang masih diamalkan orang Melayu  berketurunan Minang di Negeri Sembilan. Adat unik ini biasanya diadakan majlis-majlis keraian seperti perkahwinan di kawasan luar bandar atau kampung. Tarian ini selalu dipersembahkan di hadapan pasangan pengantin yang sedang bersanding di pelamin. Si penari akan menari-nari sambil memegang sepasang piring yang diketuk berulangkali dengan cincin suasa yang dipakai di jarinya. Tarian Piring selalunya diiringi oleh kumpulan muzik tradisional yang membawa gong, kompang atau rebana. Pihak Ezaniphoto berasa amat bertuah kerana berpeluang merakamkan gambar-gambar tradisi ini semasa bertugas sebagai jurugambar rasmi (official photographer) majlis perkahwinan pasangan Syed dan Ika di Rembau, Negeri Sembilan pada  bulan Jun 2014 yang lalu.

Malay traditional ritual during wedding ceremony. This ritual still been practiced in rural area in Negeri Sembilan, Malaysia.
During the ritual, the dancer will dance in front of the newly weds with rings attached to his finger while continuously tapping the plate while dancing.

Zaid dan Ema : Majlis Perkahwinan Tradisional Seri Menanti

Liputan majlis pernikahan dan persandingan bagi pasangan Zaid dan Ema pada 26-27 April 2014. Majlis yang berlangsung secara tradisional mengikut adat istiadat Melayu Negeri Sembilan telah dirakamkan oleh Ezaniphoto – jurugambar rasmi (official photographer) di Kg. Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Semoga jodoh pasangan ini kekal hingga ke akhir hayat.

Antara keunikan majlis yang berlangsung di Seri Menanti adalah seperti pasangan pengantin diarak secara bertandu (dijulang) oleh ahli keluarga dan orang-orang kampung.

Kepada bakal pengantin di sekitar kawasan Negeri Sembilan serta seluruh Malaysia yang memerlukan khidmat fotografi perkahwinan, sila hubungi Ezaniphoto.com untuk sebarang pertanyaan atau pakej di talian 011-12824511 (whatsapp available)