Tag Archives: Pakej Fotografi

Darussyifa’ Sri Medan : Majlis Istiadat Pengijazahan Perubatan dan Pengubatan Islam Pertama

Liputan sesi fotografi untuk majlis yang dianjurkan oleh Pusat Perubatan Islam Darussyifa’ Sri Medan, Batu Pahat Johor yang berlangsung di Hotel Katerina Batu Pahat pada 26 Februari 2022.

Majlis Istiadat Pengijazahan Perubatan dan Pengubatan Islam merupakan majlis ulung kali diadakan oleh Darussyifa’ Sri Medan bagi 29 orang graduan yang telah tamat tauliah pada tahun ini.

Pihak Ezaniphoto ingin mengucapkan syabas kepada semua graduan yang tamat tauliah serta ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan Darussyifa’ Sri Medan kerana memilih kami sebagai jurugambar rasmi majlis tersebut (official event photographer)

 

PKKM Negeri Sembilan | Mesyuarat Agung 2017

Liputan Mesyuarat Agung Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia bhg. Negeri Sembilan (PKKM N9) Kali ke-39 yang berlangsung di Klana Resort, Seremban pada 8 Mei 2017. Mesyuarat ini dirasmikan oleh YB Senator Dato’ Hj. Mohd Salim Bin Mohd Sharif (Ahli Dewan Negara Bhg. Jempol Negeri Sembilan).

Majlis yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua PKMM-N9 Dato’ Bangsa Balang Mohamad Dahalan Alias turut dihadiri oleh Presiden PKKM Y.Bhg. Dato’ Haji Mokhtar Samad serta Timbalan Presiden YH Dato’ Haji Che Wan Mohd Khalid Mohammad.

Mesyuarat Agung yang dihadiri oleh lebih dari 100 ahli PKKM N9 ini turut memberikan sumbangan derma kepada beberapa golongan asnaf di Negeri Sembilan.

Terima kasih kami ucapkan kepada Exco PKKM N9 kerana memilih Ezaniphoto sebagai jurugambar rasmi (official event photographer) untuk majlis mereka. Semoga persatuan mereka lebih teguh dan berdaya maju pada masa hadapan.

 

Me’nate Steak Hub Bangi |Pembukaan cawangan baru

Liputan hari pembukaan cawangan baru restoran Me’nate Steak di Bandar Baru Bangi pada 22 Januari 2016.  Bagi pengemar makanan steak kini boleh mencuba pelbagai menu di restoran ini dengan harga yang berpatutan. Terima kasih kepada pihak pengurusan Me’nate kerana memilih khidmat Ezaniphoto untuk mendokumentasikan perjalanan kerja / flow staff mereka pada hari pembukaan,  semoga perniagaan mereka berkembang maju dan berjaya.

 

Dr Husaini & Dr Azliana : Outdoor portraiture

Sesi post-wedding portraiture bagi pasangan Dr. Husaini dan Dr. Azliana di Taman Tasik Seremban pada 9 Januari 2016. pihak Ezaniphoto ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk merakamkan detik-detik manis sesi fotografi outdoor (post-wedding). Semoga pasangan ini kekal jodoh serta bahagia hingga ke Jannah.

Majlis Perasmian dan Upacara Pecah Tanah Bangunan Sekolah Hj Mohd Yatim

Liputan Majlis Perasmian & Upacara Pecah Tanah Bangunan Tambahan Surau Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim di Ulu Gadong, Kota Rembau N.S.D.K pada 11 Mac 2016. Majlis yang bersejarah ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Y.A.B. Dato’ Haji Mohamad Bin Haji Hasan. Terima kasih kepada Pihak sekolah dan Pihak PIBG kerana memberi kepercayaan kepada Ezaniphoto untuk merakamkan gambar foto rasmi majlis.

 

Luqman Hakim’s 6th birthday party

Liputan majlis harijadi Luqman Hakim bin Ibrahim yang ke 6 yang diadakan di Genius Aulad Kids, Seremban 2 pada 5 Febuari 2016. Terima kasih kepada Pn. Siti Nurjannah & suami kerana memilih khidmat Ezaniphoto sebagai jurugambar majlis harijadi (birthday party photographer) anak sulung beliau. Majlis diserikan oleh badut Mr Papa DeClown. Para guru dan rakan-rakan Luqman dijamu dengan hidangan dan cenderahati yang menarik dari Marrybrown Semoga adik Luqman akan menjadi anak yang soleh dan taat kepada ibubapa.








Frozen Kids Costume Competition : KipMart 2105

Liputan acara “Frozen Kids Costume Competition” yang berlangsung di KipMart Senawang pada 13 Disember 2015. Pertandingan ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu kategori 3-6 tahun dan kategori 7 tahun ke atas. Terima kasih kepada penganjur acara,  Pn. Emy Salleh. Diharapkan acara kostum kanak-kanak ini akan diadakan lagi pada masa akan datang.

Wan + Myra : post wedding outdoor

Sesi post-wedding outdoor pasangan Wan dan Myra di Taman Tasik Seremban, Negeri Sembilan. Terima kasih kerana memilih Ezaniphoto (wedding and portraiture photographer) sebagai jurugambar yang merakamkan detik-detik teristimewa mereka berdua. Pihak kami ingin mengucapkan tahniah dan semoga mereka jodoh kekal hingga ke Jannah.

Teaser untuk Izuan dan Baiduri

Teaser untuk pasangan Izuan dan Siti Baiduri yang melangsungkan Majlis Nikah di Rasah Kemayan, Seremban 2, Negeri Sembilan.

Terima kasih kerana melantik Ezaniphoto sebagai official photographer untuk merakamkan detik-detik bersejarah buat mereka berdua.

 

Konsert Caklempong Travaganza

Liputan Konsert Caklempong Travaganza yang di adakan di Dewan Auditorium Kompleks JKKN Seremban, Negeri Sembilan pada 4hb Mei 2014 yang lepas. Di antara artis yang terlibat di dalam konsert yang gilang-gemilang ini adalah Dato’ Hattan & W.A.R.I.S