Tag Archives: photo and video service

UTC @ Angsana Seremban | Program Bubur Lambuk Ramadhan 2018

Liputan & highlight Program Bubur Lambuk Ramadhan oleh pihak pengurusan UTC @ Angsana Seremban pada 31 Mei 2018.

Program tahunan ini yang menyediakan menu  bubur lambuk kepada pengunjung yang datang ke UTC @ Angsana Seremban sebagai buah tangan /hidangan berbuka puasa semasa berbuka puasa. Program Ini adalah “corporate social responsibility” pihak pengurusan UDA Mall berpandukan syariat agama Islam yang mengalakan umatnya beramal dan bersedekah di bulan yang mulia ini. Pihak kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih pihak pengurusan UDA Mall kerana memilih Ezaniphoto sebagai jurugambar rasmi untuk program ini.

 

 

FAME The Musical | Matrix Global Schools

We have watched an exciting & an unforgettable performance by Matrix Global Schools production’s FAME The Musical.

The pop culture phenomenon FAME stage musical once again continues to reach new generations of performers and audience
members. This classic stage musical show a diverse talent pool and showcase artistic mediums like dancing, singing, acting and musicianship.

Thank you to Matrix Global Schools management for hiring Ezaniphoto for their official photographer and videographer for this memorable show.

Leftenan Mohamed Adib + Aqilah| Outdoor portraiture

Sesi outdoor bagi pasangan yang sporting ini di Seremban pada 18 Disember 2016. Alhamdulliah sesi (couple portraiture) ini dapat dilakukan secara sempurna walaupun jadual pasangan ini dan kami sibuk pada bulan Disember 2016. Pihak Ezaniphoto ingin mengucapkan pasangan ini semoga kekal jodoh hingga ke Jannah – Amin.

 

Dr Husaini & Dr Azliana : Outdoor portraiture

Sesi post-wedding portraiture bagi pasangan Dr. Husaini dan Dr. Azliana di Taman Tasik Seremban pada 9 Januari 2016. pihak Ezaniphoto ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk merakamkan detik-detik manis sesi fotografi outdoor (post-wedding). Semoga pasangan ini kekal jodoh serta bahagia hingga ke Jannah.

Muhammad Irfan’s 4th Birthday Party

Liputan Majlis Harijadi (birthday party) adik Muhammad Irfan yang telah berlangsung pada 21 November 2015 di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur. Majlis dimeriahkan oleh kehadiran maskot Ultraman Zero dan Ahli Silap Mata. Pihak Ezaniphoto ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Faiza sekeluarga kerana memilih kami sebagai jurugambar majlis hari jadi (birthday party photographer) Semoga adik Irfan panjang umur dan sihat walafiat.

 

 

 

 

Petronas Carigali+Sapura Kencana : Teambuilding Avillion Port Dickson

Liputan PCSB & SKTLO Project Closeout, Teambuilding  & Lesson Learnt Petronas Carigali dan Sapura Kencana yang bertempat di Avillion Port Dickson pada 16-18 November 2015. Pelbagai aktiviti  indoor dan outdoor diadakan sepanjang 3 hari berlangsungnya acara teambuilding tersebut. Majlis Makan Malam yang ekslusif telah diadakan di pantai persendirian Avillion dengan bertemakan kepahlawanan melayu zaman dahulu kala.

Terima kasih diucapkan kepada pihak Boustead Travel Sdn. Bhd. selaku event organiser kerana memilih khidmat Ezaniphoto sebagai jurugambar dan videografer rasmi  (official photographer & videographer) untuk Project Closeout & Teambuilding  Petronas Carigali dan Sapura Kencana.

 

Frozen Kids Costume Competition : KipMart 2105

Liputan acara “Frozen Kids Costume Competition” yang berlangsung di KipMart Senawang pada 13 Disember 2015. Pertandingan ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu kategori 3-6 tahun dan kategori 7 tahun ke atas. Terima kasih kepada penganjur acara,  Pn. Emy Salleh. Diharapkan acara kostum kanak-kanak ini akan diadakan lagi pada masa akan datang.

Wan + Myra : post wedding outdoor

Sesi post-wedding outdoor pasangan Wan dan Myra di Taman Tasik Seremban, Negeri Sembilan. Terima kasih kerana memilih Ezaniphoto (wedding and portraiture photographer) sebagai jurugambar yang merakamkan detik-detik teristimewa mereka berdua. Pihak kami ingin mengucapkan tahniah dan semoga mereka jodoh kekal hingga ke Jannah.

Airyn Farawaniz

Teluk Pelanduk : Outdoor portraiture

Satu projek kolaborasi di antara photographer, artis tatarias (make-up artist MUA) dan bakat modeling di adakan di Teluk Pelanduk, Port Dickson pada 18 April 2015. Terima kasih kepada pihak penganjur “Outing Silaturahim” kerana menjemput EP masuk ke dalam senarai jurugambar yang terlibat. Sebarang inquiry mengenai fashion photography boleh menghubungi 011-12824511