Tag Archives: photo & video

PKKM Negeri Sembilan | Mesyuarat Agung 2017

Liputan Mesyuarat Agung Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia bhg. Negeri Sembilan (PKKM N9) Kali ke-39 yang berlangsung di Klana Resort, Seremban pada 8 Mei 2017. Mesyuarat ini dirasmikan oleh YB Senator Dato’ Hj. Mohd Salim Bin Mohd Sharif (Ahli Dewan Negara Bhg. Jempol Negeri Sembilan).

Majlis yang dipengerusikan oleh Yang Dipertua PKMM-N9 Dato’ Bangsa Balang Mohamad Dahalan Alias turut dihadiri oleh Presiden PKKM Y.Bhg. Dato’ Haji Mokhtar Samad serta Timbalan Presiden YH Dato’ Haji Che Wan Mohd Khalid Mohammad.

Mesyuarat Agung yang dihadiri oleh lebih dari 100 ahli PKKM N9 ini turut memberikan sumbangan derma kepada beberapa golongan asnaf di Negeri Sembilan.

Terima kasih kami ucapkan kepada Exco PKKM N9 kerana memilih Ezaniphoto sebagai jurugambar rasmi (official event photographer) untuk majlis mereka. Semoga persatuan mereka lebih teguh dan berdaya maju pada masa hadapan.

 

PKMM N9

Flickr Album Gallery Powered By: Weblizar

Alshahri + Adawiyah | Raikan Cinta

Liputan majlis perkahwinan Alshahri dan Adawiyah yang telah berlangsung pada 17-18 Mac 2017 di Kampung Batu Hampar, Rembau, Negeri Sembilan.

Pasangan yang memilih busana songke moden berona merah maroon ini kelihatan menawan dan anggun di hari persandingan.  Alshahri nampak segak kemas dengan memakai tanjak manakala Adawiyah pula memilih untuk memakai cucuk sanggul tradisional sebagai aksesori hiasan kepala, pilihan ini menjadikan kelihatan cantik berseri.

“Pada zaman dulu pemakaian sanggul menunjukkan keperibadian wanita terutama bakal pengantin yang mana sanggul pada bahagian bawah menunjukkan sifat pemalu dan sanggul yang tinggi menunjukkan wanita itu berani untuk bergaya – Jurumekap profesional, Rohaizat Shariff” kredit kepada  Intimku.com

Terima kasih kepada couple ni yang telah memilih Ezaniphoto.com sebagai jurugambar hari perkahwinan mereka. Semoga jodoh berkekalan hingga ke Jannah.

Sebarang inquiry mengenai khidmat photographer dan videographer boleh menghubungi kami di talian 011-12824511 atau boleh singgah ke facebook page kami : ezaniphoto

Alshahri + Adawiyah Wedding

Flickr Album Gallery Powered By: Weblizar

Nattasha 1st Birthday Trip to A Famosa Resort

Nattasha Jiovanni 1st birthday trip to A’Famosa Resort with her family. Thank to Mrs. Rinabelle & husband for hiring Ezaniphoto as their family trip photographer. We have an exciting moment, taking memorable picture of Nattasha & the rest of the family members. Any inquiries about family trip photography please contact us at 011-128 24511 or email us.

BTS : Studio portraiture Smart Reader Kids

Suasana di sebalik tabir (behind the scene) semasa sesi portraiture pelajar Smart Reader Kids cawangan Pelangi Semenyih, Selangor pada 19 Oktober 2015. Terima kasih kepada pihak pengurusan Smart Reader Kids khususnya En. Talib dan Cik Thevrani kerana membantu melancarkan proses sesi potret pelajar-pelajar mereka. Sebarang inquiry mengenai khidmat jurugambar studio Ezaniphoto, sila hubungi 011-12824511 (whatsapp available)

 

Jabil Alias Zabir : 1st Birthday party

Majlis sambutan harijadi adik Jabil Alias Zabir yang pertama di Royal Bintang Spa & Resort Seremban pada 26 Februari 2015. Semoga adik Alias membesar menjadi anak yang sihat & soleh. Terima kasih kepada Dato’ Zabir & Dr. Liza kerana memilih Ezaniphoto sebagai “Photographer birthday party” anak mereka.