Tag Archives: profesional

Faizal & Nabila solemnization

Sesi photoshoot di pelamin untuk pasangan Faizal dan Nabila di Kampung Tanah Datar, Gadong Rembau, NSDK selepas selamat di ijab kabul di Pejabat Agama Rembau pada November 2021.

Terima kasih diucapkan kepada pasangan ini kerana memilih Ezaniphoto sebagai jurugambar perkahwinan mereka (wedding photographer) Semoga jodoh mereka kekal hingga ke Jannah.

Mustapa & Rashidah Anniversary Studio

Sesi studio photoshoot untuk family En. Mustapa dan Pn. Rashidah di Lukut Port Dickson pada Disember 2020.

Sesi studio ini bersempena meraikan ulang-tahun perkahwinan pasangan ini yang kali ke-20 tahun. Terima kasih kami ucapkan kepada famili ini kerana memilih khidmat studio fotografi (Studio photography) Ezaniphoto.com untuk memori dan kenangan mereka. Semoga jodoh pasangan ini kekal hingga ke jannah bersama anak-anak tersayang.

Sebarang inquiry / pertanyaan mengenai pakej fotografi anniversary atau foto family boleh menghubungi kami di link whatsapp : https://wapp.my/601112824511/Pakej+studio+anniversary+family+Ezaniphoto

Behind the scene : AR Beautyline

Liputan semasa pengambaran on-location studio di pejabat urusan AR Beautyline di Senawang pada June 2015. Terima kasih kepada Pn. Azni Rahim (pengasas AR Beautyline) kerana memberi kepercayaan kepada Ezaniphoto sebagai jurugambar studio dan produk mereka.

Farid + Ekin : Raikan Cinta

Liputan Majlis Resepsi pasangan Farid & Ekin di Kg Nuri, Johol NSDK. Pasangan yang memakai set pengantin warna pastel krim terang kelihatan anggun dan eksklusif semasa diraikan sebagai Raja Sehari. Terima kasih kepada Farid dan Ekin kerana memilih Ezaniphoto sebagai jurugambar rasmi majlis persandingan mereka  (Official wedding photographer).

Amsyar Hafeez : Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Liputan Majlis Aqiqah dan Kesyukuran adik Amsyar Hafeez  pada 17 Januari 2015 di Kg. Ulu Chengkau, Rembau Negeri Sembilan. Ucapan ribuan terima kasih kepada En. Zayful & Pn. Azra kerana memilih khidmat Ezaniphoto untuk merakamkan detik-detik memori majlis bersejarah anak keempat mereka. Majlis online casino diserikan oleh Kumpulan Berendoi dan Marhaban Taman Sri Kasih Senawang, NSDK.

Sila hubungi kami untuk mendapatkan khidmat photographer untuk sebarang majlis. Sebarang pertanyaan mengenai harga dan pakej boleh menghubungi di talian 011-12824511 (whatsapp).

Keunikan Tarian Piring di Negeri Sembilan : Plate Dancer

Tarian piring merupakan salah satu seni tarian tradisional yang masih diamalkan orang Melayu  berketurunan Minang di Negeri Sembilan. Adat unik ini biasanya diadakan majlis-majlis keraian seperti perkahwinan di kawasan luar bandar atau kampung. Tarian ini selalu dipersembahkan di hadapan pasangan pengantin yang sedang bersanding di pelamin. Si penari akan menari-nari sambil memegang sepasang piring yang diketuk berulangkali dengan cincin suasa yang dipakai di jarinya. Tarian Piring selalunya diiringi oleh kumpulan muzik tradisional yang membawa gong, kompang atau rebana. Pihak Ezaniphoto berasa amat bertuah kerana berpeluang merakamkan gambar-gambar tradisi ini semasa bertugas sebagai jurugambar rasmi (official photographer) majlis perkahwinan pasangan Syed dan Ika di Rembau, Negeri Sembilan pada  bulan Jun 2014 yang lalu.

Malay traditional ritual during wedding ceremony. This ritual still been practiced in rural area in Negeri Sembilan, Malaysia.
During the ritual, the dancer will dance in front of the newly weds with rings attached to his finger while continuously tapping the plate while dancing.

Zaid dan Ema : Majlis Perkahwinan Tradisional Seri Menanti

Liputan majlis pernikahan dan persandingan bagi pasangan Zaid dan Ema pada 26-27 April 2014. Majlis yang berlangsung secara tradisional mengikut adat istiadat Melayu Negeri Sembilan telah dirakamkan oleh Ezaniphoto – jurugambar rasmi (official photographer) di Kg. Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Semoga jodoh pasangan ini kekal hingga ke akhir hayat.

Antara keunikan majlis yang berlangsung di Seri Menanti adalah seperti pasangan pengantin diarak secara bertandu (dijulang) oleh ahli keluarga dan orang-orang kampung.

Kepada bakal pengantin di sekitar kawasan Negeri Sembilan serta seluruh Malaysia yang memerlukan khidmat fotografi perkahwinan, sila hubungi Ezaniphoto.com untuk sebarang pertanyaan atau pakej di talian 011-12824511 (whatsapp available)

Parti harijadi pertama baby Aisy

Parti harijadi yang pertama buat baby Muhammad Aisy Aaqil di Sikamat, Seremban. Semoga anak pertama kepada pasangan Sharul dan Fienaz menjadi insan online casino yang soleh dan sihat sepanjang masa. Terima kasih kepada keluarga Sharul kerana menjemput pihak Ezaniphoto sebagai jurugambar rasmi (official photographer) majlis harijadi anak mereka.

Ezaniphoto kini dalam senarai vendor portal Planyourwedding.my

Dengan sukacitanya pihak Ezaniphoto memaklumkan bahawa khidmat kami telah disenaraikan sebagai vendor di portal Planyourwedding.my. Promosi (Deal) Pre / Post Wedding Portraiture bermula serendah RM499* hanya untuk subscribers Planyourwedding.my

pyw1

pyw2

Studio fotografi Graduasi Tadika PPKK Pintar Berseri

Pihak Ezaniphoto telah berpeluang mengadakan 1 sesi fotografi studio untuk pelajar tadika Pusat Perkembangan Kanak-Kanak Pintar Berseri pada 3hb Oktober 2014 di Taman Bandar Senawang, Negeri Sembilan.  Terima kasih kepada Pihak Pengurusan PPKK Pintar Berseri kerana memilih khidmat kami sebagai jurugambar studio untuk sesi casino online studio portrait graduasi mereka. Semoga adik-adik yang belajar di sini menjadi insan yang berguna dan berjaya pada masa hadapan.

Kepada Pihak/Pengurusan Tadika yang berminat untuk mengambil gambar studio sila hubungi : 011-12824511 (whatsapp) untuk sebarang pertanyaan mengenai harga dan pakej.