Sesi photoshoot di pelamin untuk pasangan Faizal dan Nabila di Kampung Tanah Datar, Gadong Rembau, NSDK selepas selamat di ijab kabul di Pejabat Agama Rembau pada November 2021.
Terima kasih diucapkan kepada pasangan ini kerana memilih Ezaniphoto sebagai jurugambar perkahwinan mereka (wedding photographer) Semoga jodoh mereka kekal hingga ke Jannah.
Slideshow gambar baby newborn Ardell Alayna yang diambil pada sesi studio februari 2021 di Taman Cengal, Paroi Negeri Sembilan.
Terima kasih kepada ibubapa Ardell kerana memilih khidmat Ezaniphoto (newborn photography) Semoga baby Ardell membesar dengan sihat bersama keluarga & menjadi anak yang solehah.
Terima kasih kepada pihak pengurusan JKR yang memilih khidmat Ezaniphoto untuk merakamkan gambar berkumpulan Pegawai dan staff yang menghadiri MESYUARAT PELAKSANAAN PEMBENTANGAN PENILAIAN PRESTASI BANGUNAN (BPA) yang bertempat di Bilik Mesyuarat, Unit Tentera JKR Negeri Sembilan, Port Dickson pada tarikh : 19hb -22hb Mac 2018
Liputan Majlis perkahwinan pasangan Shamimi dan Izzat di Kg. Seberang Batu Hampar, Rembau, Negeri Sembilan pada 10 Disember 2017.
Terima kasih kepada Cik Shamimi dan keluarga kerana memilih Ezaniphoto(wedding photographer) untuk merakamkan detik-detik penting majlis perkahwinan beliau dan suami.
Pihak kami mendoakan semoga jodoh pasangan ini kekal hingga ke Jannah.
Liputan Majlis Perasmian Pejabat Jualan Laman Salam Ehsan oleh Ehsan Properties di Pedas, Negeri Sembilan pada 13 Januari 2018.
Majlis dirasmikan oleh Dato’ Haji Syed Jamarulkhan Bin Hj. S. Kadir selaku Presiden MIMCOIN – The Malaysian Indian Muslim Chamber of Commerce and Industry.
Tahniah diucapkan kepada Dato’ Haji Abdul Hamid Bin PV Abdu CEO Ehsan Properties kerana berjaya membangunkan projek perumahan yang baru di kawasan Pedas Negeri Sembilan ini. Semoga projek perumahan mesra rakyat ini berjaya serta memberikan kediaman yang mampu milik kepada warga bumiputera.
Terima kasih kepada pihak pengurusan Ehsan Properties kerana memberi kepercayaan kepada Ezaniphoto sebagai jurugambar majlis mereka (Official event photographer)
Program Pemberian Bubur Lambuk Ramadhan 2017. Satu program tahunan yang dianjurkan oleh pihak Angsana Seremban & UDA Mall yang berlangsung di hadapan pintu masuk utama Angsana Seremban Mall. pada 15 Jun 2017.
Program amal yang menjadi tradisi tahunan ini mengagihkan bubur lambuk secara percuma kepada semua pengunjung yang datang ke pusat membeli belah yang bertempat di Ampangan, Seremban N.S.D.K
Semoga program yang menjadi tanggungjawab sosial pihak korporat ini mendapat keberkatan Allah S.W.T dan dapat diteruskan pada tahun akan datang. Terima kasih kepada pihak pengurusan UDA Mall kerana sekali lagi memilih pihak Ezaniphoto sebagai “official event photographer” mereka.
Sesi outdoor bagi pasangan yang sporting ini di Seremban pada 18 Disember 2016. Alhamdulliah sesi (couple portraiture) ini dapat dilakukan secara sempurna walaupun jadual pasangan ini dan kami sibuk pada bulan Disember 2016. Pihak Ezaniphoto ingin mengucapkan pasangan ini semoga kekal jodoh hingga ke Jannah – Amin.
Liputan sesi outdoor portraiture serta behind the scene untuk satu projek kolaborasi di antara pihak Ezaniphoto, Talent-model Anna Lulu, Make-up Artist Muhammad Aris Sahir, Hair stylist & Busana oleh Adnan Haris. Sesi di adakan di lokasi sekitar kawasan Seremban 2, Negeri Sembilan. Sebarang inquiry mengenai khidmat fotography fashion boleh menghubungi 011-12824511 (whatsapp available)
Liputan Majlis Perasmian & Upacara Pecah Tanah Bangunan Tambahan Surau Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim di Ulu Gadong, Kota Rembau N.S.D.K pada 11 Mac 2016. Majlis yang bersejarah ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Y.A.B. Dato’ Haji Mohamad Bin Haji Hasan. Terima kasih kepada Pihak sekolah dan Pihak PIBG kerana memberi kepercayaan kepada Ezaniphoto untuk merakamkan gambar foto rasmi majlis.