Tag Archives: sanding

Farhan+Nadia : Sesi Portrait

Sesi portraiture (majlis resepsi) untuk pasangan Farhan dan Nadia di Kampung Bandar Tinggi Kuala Klawang (Jelebu) Negeri Sembilan pada 30 Mei 2015. Terima kasih kerana memilih khidmat jurugambar perkahwinan (wedding photographer) Ezaniphoto. Semoga jodoh kekal hingga ke Jannah.

Farid + Ekin : Raikan Cinta

Liputan Majlis Resepsi pasangan Farid & Ekin di Kg Nuri, Johol NSDK. Pasangan yang memakai set pengantin warna pastel krim terang kelihatan anggun dan eksklusif semasa diraikan sebagai Raja Sehari. Terima kasih kepada Farid dan Ekin kerana memilih Ezaniphoto sebagai jurugambar rasmi majlis persandingan mereka  (Official wedding photographer).

Hasli + Syazana : Majlis Nikah & Resepsi

Liputan majlis pernikahan, resepsi & outdoor pasangan Hasli dan Syazana di Pulai Villa, Seremban pada 26 dan 27 Disember 2014. Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah. Terima kasih kepada keluarga Pn. Syazana kerana memilih Ezaniphoto sebagai jurugambar majlis (official photographer)

 

Rahmat dan Atikah : Resepsi di Felda Raja Alias 4

Liputan Majlis Resepsi bagi pasangan Rahmat  dan Atikah di Felda Raja Alias 4, Jempol pada yang Mei 2014. Terima kasih kerana memilih khidmat Ezaniphoto sebagai jurugambar rasmi majlis perkahwinan mereka. Semoga panjang umur dan kekal jodoh hingga ke Jannah.

 

Keunikan Tarian Piring di Negeri Sembilan : Plate Dancer

Tarian piring merupakan salah satu seni tarian tradisional yang masih diamalkan orang Melayu  berketurunan Minang di Negeri Sembilan. Adat unik ini biasanya diadakan majlis-majlis keraian seperti perkahwinan di kawasan luar bandar atau kampung. Tarian ini selalu dipersembahkan di hadapan pasangan pengantin yang sedang bersanding di pelamin. Si penari akan menari-nari sambil memegang sepasang piring yang diketuk berulangkali dengan cincin suasa yang dipakai di jarinya. Tarian Piring selalunya diiringi oleh kumpulan muzik tradisional yang membawa gong, kompang atau rebana. Pihak Ezaniphoto berasa amat bertuah kerana berpeluang merakamkan gambar-gambar tradisi ini semasa bertugas sebagai jurugambar rasmi (official photographer) majlis perkahwinan pasangan Syed dan Ika di Rembau, Negeri Sembilan pada  bulan Jun 2014 yang lalu.

Malay traditional ritual during wedding ceremony. This ritual still been practiced in rural area in Negeri Sembilan, Malaysia.
During the ritual, the dancer will dance in front of the newly weds with rings attached to his finger while continuously tapping the plate while dancing.

Zaid dan Ema : Majlis Perkahwinan Tradisional Seri Menanti

Liputan majlis pernikahan dan persandingan bagi pasangan Zaid dan Ema pada 26-27 April 2014. Majlis yang berlangsung secara tradisional mengikut adat istiadat Melayu Negeri Sembilan telah dirakamkan oleh Ezaniphoto – jurugambar rasmi (official photographer) di Kg. Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Semoga jodoh pasangan ini kekal hingga ke akhir hayat.

Antara keunikan majlis yang berlangsung di Seri Menanti adalah seperti pasangan pengantin diarak secara bertandu (dijulang) oleh ahli keluarga dan orang-orang kampung.

Kepada bakal pengantin di sekitar kawasan Negeri Sembilan serta seluruh Malaysia yang memerlukan khidmat fotografi perkahwinan, sila hubungi Ezaniphoto.com untuk sebarang pertanyaan atau pakej di talian 011-12824511 (whatsapp available)

Teaser : Afiq dan Diana

Teaser untuk pasangan Afiq dan Diana yang melangsungkan Majlis Resepsi di Mantin, Negeri Sembilan pada 28hb September 2014. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan isteri  juga adalah jemputan kehormat yang sudi menepung tawar kedua mempelai. Terima kasih kerana melantik pihak Ezaniphoto sebagai jurugambar rasmi (Official Photographer).

 

Majlis Persandingan Wani dan Mira di Pasir Besar

Majlis Persandingan 2 adik beradik Wani + Isa  serta  Mira + Ashraf  pada 3hb Mei 2014. Majlis ini berlangsung dengan meriahnya di Felda Pasir Besar, Gemas Negeri Sembilan. Terima kasih kerana memilih Ezaniphoto sebagai jurugambar rasmi majlis persandingan mereka. Liputan foto termasuk sesi outdoor portraiture di Stesyen lama KTM Gemas.

 

Teaser : Zaid & Ema

Teaser : Zaid & Ema yang melangsungkan majlis perkahwinan di Seri Menanti, Negeri Sembilan.

Teaser : Ashraf & Mira

Teaser untuk pasangan Ashraf & Mira  ketika sesi outdoor di Stesyen Keretapi Gemas, Negeri Sembilan. Harap sabar menanti penghantaran album anda!