Tag Archives: senawang event & wedding

Fasha + Aiman | Raikan Cinta

Liputan majlis perkahwinan pasangan Aiman dan Fasha yang diadakan di Pusat Eco Edutourism Sungai Menyala, Port Dickson pada 19 dan 20hb Januari 2018. Pasangan yang sporting & happy ini bertemu semasa mereka melanjutkan pelajaran ke luar negeri, kemudian selepas tamat study mereka bersetuju mengikat ikatan cinta mereka hingga ke jinjang pelamin .

Pihak kami rasa bertuah kerana dimaklumkan bahawa Ezaniphoto diantara jurugambar yang terawal membuat liputan majlis kahwin di fasiliti Pusat Edu-Ecotourism Sungai Menyala ini. Dengan suasana hutan rimba yang tenang dan damai memang seronok membuat liputan majlis perkahwinan pasangan ini .

Venue perkahwinan yang terbaru di Port Dickson ini mempunyai fasiliti seperti bilik penginapan, dewan, kafeteria, gazebo dll amat sesuai di adakan majlis kahwin bagi bakal pengantin yang inginkan destinasi perkahwinan yang menarik di hari bahagia mereka.

Terima kasih kepada keluarga pengantin perempuan kerana memilih Ezaniphoto sebagai jurugambar majlis perkahwinan mereka. Semoga jodoh pasangan ini kekal hingga ke Jannah, amin.

Aiman & Fasha

Flickr Album Gallery Powered By: Weblizar