Tag Archives: seremban event photographer

Etiqa and FGV | Holiday Inn Melaka 2016

Bengkel Etiqa Takaful : FGV Takaful Classes & Their Applications

Bengkel Etiqa Takaful 2016 untuk kakitangan-kakitangan dan anak syarikat kumpulan FGV. Terima kasih kepada pihak Etiqa Takaful kerana sekali lagi memilih khidmat Ezaniphoto.com sebagai jurugambar rasmi (official event photographer) mereka. Bengkel yang berlangsung pada 20hb hingga 22hb Julai 2016 ini bertempat di Holiday Inn Melaka.

Gallery-cover

Majlis Graduasi Kolej Permata Pintar | UKM Bangi

Liputan Majlis Graduasi Kolej Permata Pintar di UKM Bangi pada 5 Februari 2016. Syabas diucapkan kepada semua graduan yang berjaya menamatkan pengajian mereka di kolej yang berprestij ini , semoga mereka akan menjadi individu yang cemerlang yang mampu memberi sumbangan kepada negara pada masa akan datang. Pihak Ezaniphoto ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Kolej Permata Pintar kerana memberi kepercayaan untuk merakam gambar penerimaan sijil dan portrait graduasi / studio.

 

Petronas Cargali and Sapura Kencana : Avillion Port Dickson 2015

Petronas Carigali+Sapura Kencana : Teambuilding Avillion Port Dickson

Liputan PCSB & SKTLO Project Closeout, Teambuilding  & Lesson Learnt Petronas Carigali dan Sapura Kencana yang bertempat di Avillion Port Dickson pada 16-18 November 2015. Pelbagai aktiviti  indoor dan outdoor diadakan sepanjang 3 hari berlangsungnya acara teambuilding tersebut. Majlis Makan Malam yang ekslusif telah diadakan di pantai persendirian Avillion dengan bertemakan kepahlawanan melayu zaman dahulu kala.

Terima kasih diucapkan kepada pihak Boustead Travel Sdn. Bhd. selaku event organiser kerana memilih khidmat Ezaniphoto sebagai jurugambar dan videografer rasmi  (official photographer & videographer) untuk Project Closeout & Teambuilding  Petronas Carigali dan Sapura Kencana.