Tag Archives: shoot and burn

Housewarming party dan Majlis Bertindik Telinga Adik Zinnirah

Liputan “housewarming party” dan majlis bertindik adik Zinnirah di kediaman baru keluarga En. Mohammed dan Pn. Zara. Majlis telah berlangsung di Taman Gunung Mas, Repah¬† Negeri Sembilan. Terima kasih kerana memilih khidmat pihak Ezaniphoto sebagai photographer dan videographer yang bertugas untuk majlis tersebut. Kami berasa bertuah kerana berpeluang merakamkan adat tradisional bertindik telinga yang masih diamalkan oleh masyarakat India Muslim di Malaysia. Adat bertindik ini biasanya dilakukan kepada anak perempuan yang telah mencapai umur 3 atau 5 tahun.

 

Majlis Persaraan Ketua Pengarah JKKP Malaysia : Dato’ Dr. Ir. Johari Bin Basri

Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerja¬† Negeri Sembilan (JKKP NS) telah memberikan kepercayaan kepada Ezaniphoto sebagai jurugambar rasmi untuk Majlis Sekalung Budi Sejambak Kasih Ketua Pengarah JKKP yang berlangsung di Dewan Wisma Perkeso, Seremban pada 9hb. Jun 2014. Semoga Dato’ Dr. Ir. Johari Bin Basri akan sentiasa memberikan sumbangan & bakti kepada negara walaupun tempoh khidmat beliau akan tamat tidak lama lagi.

Kredit kepada Kamil Lokman sebagai jurugambar utama majlis tersebut.