Tag Archives: tarian piring

Dr Ridzuan + Dr Ilyana : Majlis Resepsi

Liputan majlis resepsi pasangan Dr. Ilyana dan Dr. Ridzuan. Tahniah kami ucapkan kepada pasangan ini yang telah melangsungkan perkahwinan mereka di Taman Sri Rembau, Rembau Negeri Sembilan pada 9 Oktober 2016. Semoga kekal jodoh hingga ke Jannah. Kali ni kami nak postkan gambar posing pengantin di majlis dan pelamin (actual day wedding photography) , asyik outdoor pose jer Raja Sehari juga dipersembahkan dengan tarian piring yang terkenal di daerah Rembau Negeri Sembilan. Busana pengantin dan tatarias pelamin yang eksklusif oleh perancang perkahwinan (wedding planner) Nana Sa’at II

 

Keunikan Tarian Piring di Negeri Sembilan : Plate Dancer

Tarian piring merupakan salah satu seni tarian tradisional yang masih diamalkan orang Melayu  berketurunan Minang di Negeri Sembilan. Adat unik ini biasanya diadakan majlis-majlis keraian seperti perkahwinan di kawasan luar bandar atau kampung. Tarian ini selalu dipersembahkan di hadapan pasangan pengantin yang sedang bersanding di pelamin. Si penari akan menari-nari sambil memegang sepasang piring yang diketuk berulangkali dengan cincin suasa yang dipakai di jarinya. Tarian Piring selalunya diiringi oleh kumpulan muzik tradisional yang membawa gong, kompang atau rebana. Pihak Ezaniphoto berasa amat bertuah kerana berpeluang merakamkan gambar-gambar tradisi ini semasa bertugas sebagai jurugambar rasmi (official photographer) majlis perkahwinan pasangan Syed dan Ika di Rembau, Negeri Sembilan pada  bulan Jun 2014 yang lalu.

Malay traditional ritual during wedding ceremony. This ritual still been practiced in rural area in Negeri Sembilan, Malaysia.
During the ritual, the dancer will dance in front of the newly weds with rings attached to his finger while continuously tapping the plate while dancing.