Tag Archives: Tradisional

Majlis Sekalung Budi Sentuhan Abadi | Datin Hjh. Noraisah Hj Othman

Liputan Majlis persaraan Pengetua SMK Puteri, Seremban  Datin Hjh. Noraisah Hj Othman pada 25 Ogos 2017. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Datin Hjh Noraisah di atas segala bakti & usaha beliau mendidik para pelajar sepanjang khidmat beliau bertugas sebagai pendidik, jasamu sentiasa dikenang.

Majlis yang bertemakan kesultanan Melayu zaman dahulu kala menjadikan ianya unik serta terpahat di dalam ingatan semua guru dan para pelajar selamanya, Puan Pengetua ditatarias dan dikenakan sepersalinan baju ala Raja Permaisuri yang berona unggu  dilihat sangat anggun dan cantik ketika berada di singgahsana emas ala diraja yang ditempah khas untuk majlis ini.

Di hari terakhir Datin Hjh. Noraisah berkhidmat sebagai pengetua, beliau dihiburkan dengan persembahan para pelajar serta para guru. Pemergian beliau akan dirindui seluruh warga SMK Puteri Seremban.

Terima kasih diucapkan kepada pihak guru yang memilih khidmat Ezaniphoto.com sebagai jurugambar majlis tersebut.

Housewarming party dan Majlis Bertindik Telinga Adik Zinnirah

Liputan “housewarming party” dan majlis bertindik adik Zinnirah di kediaman baru keluarga En. Mohammed dan Pn. Zara. Majlis telah berlangsung di Taman Gunung Mas, Repah  Negeri Sembilan. Terima kasih kerana memilih khidmat pihak Ezaniphoto sebagai photographer dan videographer yang bertugas untuk majlis tersebut. Kami berasa bertuah kerana berpeluang merakamkan adat tradisional bertindik telinga yang masih diamalkan oleh masyarakat India Muslim di Malaysia. Adat bertindik ini biasanya dilakukan kepada anak perempuan yang telah mencapai umur 3 atau 5 tahun.

 

Rahmat dan Atikah : Resepsi di Felda Raja Alias 4

Liputan Majlis Resepsi bagi pasangan Rahmat  dan Atikah di Felda Raja Alias 4, Jempol pada yang Mei 2014. Terima kasih kerana memilih khidmat Ezaniphoto sebagai jurugambar rasmi majlis perkahwinan mereka. Semoga panjang umur dan kekal jodoh hingga ke Jannah.

 

Keunikan Tarian Piring di Negeri Sembilan : Plate Dancer

Tarian piring merupakan salah satu seni tarian tradisional yang masih diamalkan orang Melayu  berketurunan Minang di Negeri Sembilan. Adat unik ini biasanya diadakan majlis-majlis keraian seperti perkahwinan di kawasan luar bandar atau kampung. Tarian ini selalu dipersembahkan di hadapan pasangan pengantin yang sedang bersanding di pelamin. Si penari akan menari-nari sambil memegang sepasang piring yang diketuk berulangkali dengan cincin suasa yang dipakai di jarinya. Tarian Piring selalunya diiringi oleh kumpulan muzik tradisional yang membawa gong, kompang atau rebana. Pihak Ezaniphoto berasa amat bertuah kerana berpeluang merakamkan gambar-gambar tradisi ini semasa bertugas sebagai jurugambar rasmi (official photographer) majlis perkahwinan pasangan Syed dan Ika di Rembau, Negeri Sembilan pada  bulan Jun 2014 yang lalu.

Malay traditional ritual during wedding ceremony. This ritual still been practiced in rural area in Negeri Sembilan, Malaysia.
During the ritual, the dancer will dance in front of the newly weds with rings attached to his finger while continuously tapping the plate while dancing.

Zaid dan Ema : Majlis Perkahwinan Tradisional Seri Menanti

Liputan majlis pernikahan dan persandingan bagi pasangan Zaid dan Ema pada 26-27 April 2014. Majlis yang berlangsung secara tradisional mengikut adat istiadat Melayu Negeri Sembilan telah dirakamkan oleh Ezaniphoto – jurugambar rasmi (official photographer) di Kg. Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Semoga jodoh pasangan ini kekal hingga ke akhir hayat.

Antara keunikan majlis yang berlangsung di Seri Menanti adalah seperti pasangan pengantin diarak secara bertandu (dijulang) oleh ahli keluarga dan orang-orang kampung.

Kepada bakal pengantin di sekitar kawasan Negeri Sembilan serta seluruh Malaysia yang memerlukan khidmat fotografi perkahwinan, sila hubungi Ezaniphoto.com untuk sebarang pertanyaan atau pakej di talian 011-12824511 (whatsapp available)

Galeri telah dikemaskini

Galeri Ezaniphoto telah dikemaskini dengan gambar-gambar terbaru yang kami rakamkan daripada tahun 2011 sehingga 2015.

1 slot baru telah dimasukkan iaitu Studio Portraiture. Sila kunjungi page Gallery untuk melihat gambar-gambar perkahwinan, event dan portrait yang telah kami update! Pelbagai pakej foto disediakan. Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan.

Gallery-Page

 

Khidmat fotografi di Mudah.my dan Facebook

Khidmat jurugambar / jurufoto / fotografer / photographer professional untuk majlis pertunangan, perkahwinan, resepsi kini boleh di temui di Mudah.my dan Facebook. Sila hubungi 01112824511 (whatsapp available) / 0126836187 (whatsapp available) untuk sebarang pertanyaan. Liputan khidmat fotografi di seluruh Malaysia (termasuk Sabah dan Sarawak)

Facebook photographer service in Seremban

 

EP-in-Mudah

Temui page Ezaniphoto di facebook

EP-Page

 

 

 

Teaser : Zaid & Ema

Teaser : Zaid & Ema yang melangsungkan majlis perkahwinan di Seri Menanti, Negeri Sembilan.

Konsert Caklempong Travaganza

Liputan Konsert Caklempong Travaganza yang di adakan di Dewan Auditorium Kompleks JKKN Seremban, Negeri Sembilan pada 4hb Mei 2014 yang lepas. Di antara artis yang terlibat di dalam konsert yang gilang-gemilang ini adalah Dato’ Hattan & W.A.R.I.S

Majlis Resepsi Zul & Zura

Majlis Resepsi Zul & Zura di Taman Panchor Jaya, Senawang, Negeri Sembilan pada 3 November 2013.

Semoga jodoh kekal hingga ke akhir hayat. Terima kasih kerana melantik Ezaniphoto sebagai jurugambar rasmi (official photographer)