Tag Archives: UDA Mall

Angsana Seremban & UDA Mall | Program Pemberian Bubur Lambuk Ramadhan 2017

Program Pemberian Bubur Lambuk Ramadhan 2017. Satu program tahunan yang dianjurkan oleh pihak Angsana Seremban & UDA Mall yang berlangsung di hadapan pintu masuk utama Angsana Seremban Mall. pada 15 Jun 2017.

Program amal yang menjadi tradisi tahunan ini mengagihkan bubur lambuk secara percuma kepada semua pengunjung yang datang ke pusat membeli belah yang bertempat di Ampangan, Seremban N.S.D.K

Semoga program yang menjadi tanggungjawab sosial pihak korporat ini mendapat keberkatan Allah S.W.T dan dapat diteruskan pada tahun akan datang. Terima kasih kepada pihak pengurusan UDA Mall kerana sekali lagi memilih pihak Ezaniphoto sebagai “official event photographer” mereka.

Angsana Seremban : Program Pemberian Bubur Lambuk Ramadhan 2015

Liputan Program Pemberian Bubur Lambuk Ramadhan 2015 yang dianjurkan oleh Plaza Angsana Seremban. Program yang dianjurkan oleh pihak pengurusan UDA MALL telah di adakan di kawasan pintu masuk Angsana Seremban pada 30 Jun 2015. Penyediaan bubur lambuk untuk program ini telah diuruskan Chef Ramlee dari Cafe Peladang. Terima kasih kepada pihak pengurusan UDA Mall Angsana Seremban kerana memberi kepercayaan kepada Ezaniphoto sebagai jurugambar rasmi (official photographer) program ini. Semoga segala amal yang dilakukan mendapat berkat dan pahala di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Majlis Pemberian Bubur Lambuk : Angsana Seremban

Majlis Pemberian Bubur Lambuk di Angsana Seremban tajaan UDA MallĀ  & Utusan pada 18hb Julai 2014 di perkarangan pintu masuk Angsana Seremban. Semoga usaha & amal ini diberkati oleh Allah S.W.T pada bulan Ramadhan tahun ini.