Tag Archives: video

Farid + Ekin : Raikan Cinta

Liputan Majlis Resepsi pasangan Farid & Ekin di Kg Nuri, Johol NSDK. Pasangan yang memakai set pengantin warna pastel krim terang kelihatan anggun dan eksklusif semasa diraikan sebagai Raja Sehari. Terima kasih kepada Farid dan Ekin kerana memilih Ezaniphoto sebagai jurugambar rasmi majlis persandingan mereka  (Official wedding photographer).

Mengorak langkah dari 2014 ke 2015

Tahun 2014 merupakan tahun yang mempunyai banyak kenangan kepada kami di Ezaniphoto. Terima kasih kepada famili, rakan dan klien yang banyak membantu dan memberi sokongan kepada kami ! 2015 semoga kami lebih maju dan jitu dalam bidang photography.

Wishing you a happy new year!

Happy New Year 2013

Syed Muhsin family photo

Sesi studio fotografi yang meriah oleh famili Syed Muhsin di Emerald Park, Seremban 2 pada 5 Disember 2014. Terima kasih kerana menempah khidmat photographer professional kami.

 

Kempen Pendaftaran OKU dan Pertandingan Bakat Istimewa

Kempen Pendaftaran OKU, Pertandingan Bakat Istimewa dan Produk PDK Peringkat Negeri Sembilan yang diadakan di Seremban Prima pada 19hb Oktober 2014. Majlis yang dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan ini telah disempurnakan oleh Ybg. Dato’ Norhayati Omar, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Sembilan Darul Khusus. Terima kasih kepada pihak penganjur yang telah melantik Ezaniphoto sebagai jurugambar dan video rasmi majlis (official photographer and videographer).

1st Class Birthday Party : Elsa and Taqris

Majlis sambutan harijadi yang diadakan serentak bagi pasangan adik beradik Elsa dan Taqris yang diadakan di Lollipop Kid Art Centre, Seremban 2. Terima kasih kepada Pn. Aida Azmira kerana memilih Ezaniphoto sebagai jurugambar majlis harijadi (birthday party photographer) anak-anak beliau.

Keunikan Tarian Piring di Negeri Sembilan : Plate Dancer

Tarian piring merupakan salah satu seni tarian tradisional yang masih diamalkan orang Melayu  berketurunan Minang di Negeri Sembilan. Adat unik ini biasanya diadakan majlis-majlis keraian seperti perkahwinan di kawasan luar bandar atau kampung. Tarian ini selalu dipersembahkan di hadapan pasangan pengantin yang sedang bersanding di pelamin. Si penari akan menari-nari sambil memegang sepasang piring yang diketuk berulangkali dengan cincin suasa yang dipakai di jarinya. Tarian Piring selalunya diiringi oleh kumpulan muzik tradisional yang membawa gong, kompang atau rebana. Pihak Ezaniphoto berasa amat bertuah kerana berpeluang merakamkan gambar-gambar tradisi ini semasa bertugas sebagai jurugambar rasmi (official photographer) majlis perkahwinan pasangan Syed dan Ika di Rembau, Negeri Sembilan pada  bulan Jun 2014 yang lalu.

Malay traditional ritual during wedding ceremony. This ritual still been practiced in rural area in Negeri Sembilan, Malaysia.
During the ritual, the dancer will dance in front of the newly weds with rings attached to his finger while continuously tapping the plate while dancing.

Zaid dan Ema : Majlis Perkahwinan Tradisional Seri Menanti

Liputan majlis pernikahan dan persandingan bagi pasangan Zaid dan Ema pada 26-27 April 2014. Majlis yang berlangsung secara tradisional mengikut adat istiadat Melayu Negeri Sembilan telah dirakamkan oleh Ezaniphoto – jurugambar rasmi (official photographer) di Kg. Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Semoga jodoh pasangan ini kekal hingga ke akhir hayat.

Antara keunikan majlis yang berlangsung di Seri Menanti adalah seperti pasangan pengantin diarak secara bertandu (dijulang) oleh ahli keluarga dan orang-orang kampung.

Kepada bakal pengantin di sekitar kawasan Negeri Sembilan serta seluruh Malaysia yang memerlukan khidmat fotografi perkahwinan, sila hubungi Ezaniphoto.com untuk sebarang pertanyaan atau pakej di talian 011-12824511 (whatsapp available)

Parti harijadi pertama baby Aisy

Parti harijadi yang pertama buat baby Muhammad Aisy Aaqil di Sikamat, Seremban. Semoga anak pertama kepada pasangan Sharul dan Fienaz menjadi insan online casino yang soleh dan sihat sepanjang masa. Terima kasih kepada keluarga Sharul kerana menjemput pihak Ezaniphoto sebagai jurugambar rasmi (official photographer) majlis harijadi anak mereka.

AG & Nadzirah : Majlis Nikah & Resepsi di Rembau Negeri Sembilan

Liputan Majlis pernikahan &  resepsi  pasangan AG & Nadzirah di Rembau, Negeri Sembilan. Semoga jodoh kekal hingga ke akhir hayat.

 

 

 

 

 

 

 

Pakej Premium Fotokahwin- Khidmat Professional Photographer

Kami menawarkan khidmat fotografi professional untuk pakej premium bagi  pelanggan yang ingin merakamkan detik-detik bersejarah

majlis perkahwinan mereka. Hadiah misteri untuk 5 pelanggan terawal yang membuat tempahan awal!

Hubungi kami di talian 011-12824511 (whatsapp) / 0126696182 (whatsapp) untuk sebarang pertanyaan.

 Pakej Premium 2014
Pakej foto