Tag Archives: fotografi

Amirul & Amirah wedding outdoor portraiture

Sesi photoshoot outdoor untuk pasangan pengantin Amirul & Amirah di Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson pada Mei 2022.

Pasangan ini selamat dijabkabul pada hari yang sama di Masjid Bagan Pinang, Port Dickson. Terima kasih kerana memilih Ezaniphoto sebagai jurugambar perkahwinan mereka, semoga jodoh pasangan ini kekal hingga ke jannah.

Faizal & Nabila solemnization

Sesi photoshoot di pelamin untuk pasangan Faizal dan Nabila di Kampung Tanah Datar, Gadong Rembau, NSDK selepas selamat di ijab kabul di Pejabat Agama Rembau pada November 2021.

Terima kasih diucapkan kepada pasangan ini kerana memilih Ezaniphoto sebagai jurugambar perkahwinan mereka (wedding photographer) Semoga jodoh mereka kekal hingga ke Jannah.

Ahmad Mustaqim – Studio graduasi

Photoshoot graduasi untuk Ahmad Mustaqim dan famili di studio Ezaniphoto pada April 2022. Tahniah kami ucapkan kepada beliau, semoga mendapat kerjaya serta masa depan yang cemerlang!

Sebarang inquiry untuk gambar studio(graduation & convocation) boleh menghubungi kami melalui whatsapp : https://wapp.my/01112824511/Pakej+&+booking+studio+convo-graduation

 

Darussyifa’ Sri Medan : Majlis Istiadat Pengijazahan Perubatan dan Pengubatan Islam Pertama

Liputan sesi fotografi untuk majlis yang dianjurkan oleh Pusat Perubatan Islam Darussyifa’ Sri Medan, Batu Pahat Johor yang berlangsung di Hotel Katerina Batu Pahat pada 26 Februari 2022.

Majlis Istiadat Pengijazahan Perubatan dan Pengubatan Islam merupakan majlis ulung kali diadakan oleh Darussyifa’ Sri Medan bagi 29 orang graduan yang telah tamat tauliah pada tahun ini.

Pihak Ezaniphoto ingin mengucapkan syabas kepada semua graduan yang tamat tauliah serta ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan Darussyifa’ Sri Medan kerana memilih kami sebagai jurugambar rasmi majlis tersebut (official event photographer)

 

SPR Negeri Sembilan | Sesi Fotografi

Sesi fotografi untuk para pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya Negeri Sembilan pada 11 Mei 2017 di Hotel Royal Chulan Seremban (formely known as Royal Bintang) Seremban Negeri Sembilan.

Terima kasih diucapkan kepada pihak SPR Negeri Sembilan kerana memilih khidmat Ezaniphoto sebagai jurugambar sesi fotografi (event photographer) untuk para pegawai mereka.

Sila hubungi kami di talian 011-12824511 bagi sebarang pertanyaan mengenai khidmat fotografi dan video : korporat (corporate) seminar, kursus, annual meeting & teambuilding  (photography service)

 

Khuzaifi + Wan Norzalina | Anniversary portraiture

Sesi fotografi Dinner ulangtahun perkahwinan (anniversary photography) yang romantik pasangan En. Khuzaifi dan Pn. Wan Norzalina di Thistle, Port Dickson pada 27 Februari 2016. Pada awal pagi keesokannya  kami juga mengadakan sesi outdoor portraiture untuk pasangan romantis ini di sekitar pantai Port Dickson.

Pihak Ezaniphoto mengucapkan terima kasih kepada En. Khuzaifi dan isterinya yang memberi kepercayaan kepada pihak kami untuk merakamkan detik-detik istimewa ulangtahun perkahwinan (anniversary) mereka, semoga jodoh kekal hingga ke Jannah.

ACE Kids Annual Concert & Graduation Ceremony 2016

ACE Kids Annual Concert and Graduation Ceremony held at New Era College Kajang on 21st August 2016. Wonderful and adorable performances by this excellent kindergarten students. We would like to say thank to ACE Kids Kajang management for hiring Ezaniphoto as the official photographer for the event.

[FinalTilesGallery id='3']

Rayyan + Asma : Adat Cukur Jambul dan Bertahnik

Liputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran bagi adik Rayyan dan Asma yang diadakan serentak di Taman Permai, Sikamat Seremban Negeri Sembilan oleh keluarga En. Mohd Khairulizam dan Puan Nurul Nadia. Pihak kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak tuan rumah kerana memilih Ezaniphoto untuk merakamkan detik bersejarah adat tradisi Melayu Cukur Jambul dan amalan Tahnik Islam.

Cukur jambul is the baby’s very first haircut, done in accordance with Malay tradition. It is an important rite of passage for a Malay baby.

Source : www.babycenter.com.my/a1026575/baby-traditions-cukur-jambul

Tahnik is an Islamic ceremony of touching the lips of a newborn baby with honey, sweet juice or pressed dates. During the times of Muhammad, Muslims would bring their newborn babies to him and he would perform Tahnik upon them.

Source : en.wikipedia.org/wiki/Tahnik

 

Azura + Nadzrin : Majlis Pertunangan

Liputan Majlis pertunangan pasangan Azura dan Nadzrin yang berlangsung di Kampung Pulau, Labu Negeri Sembilan pada 24 Januari 2015. Pihak kami mengucapkan semoga jodoh sampai ke jinjang pelamin. Terima kasih kerana memilih khidmat photographer professional Ezaniphoto.com untuk majlis mereka.

Housewarming party dan Majlis Bertindik Telinga Adik Zinnirah

Liputan “housewarming party” dan majlis bertindik adik Zinnirah di kediaman baru keluarga En. Mohammed dan Pn. Zara. Majlis telah berlangsung di Taman Gunung Mas, Repah  Negeri Sembilan. Terima kasih kerana memilih khidmat pihak Ezaniphoto sebagai photographer dan videographer yang bertugas untuk majlis tersebut. Kami berasa bertuah kerana berpeluang merakamkan adat tradisional bertindik telinga yang masih diamalkan oleh masyarakat India Muslim di Malaysia. Adat bertindik ini biasanya dilakukan kepada anak perempuan yang telah mencapai umur 3 atau 5 tahun.