Tag Archives: songket

Alshahri + Adawiyah | Raikan Cinta

Liputan majlis perkahwinan Alshahri dan Adawiyah yang telah berlangsung pada 17-18 Mac 2017 di Kampung Batu Hampar, Rembau, Negeri Sembilan.

Pasangan yang memilih busana songke moden berona merah maroon ini kelihatan menawan dan anggun di hari persandingan.  Alshahri nampak segak kemas dengan memakai tanjak manakala Adawiyah pula memilih untuk memakai cucuk sanggul tradisional sebagai aksesori hiasan kepala, pilihan ini menjadikan kelihatan cantik berseri.

“Pada zaman dulu pemakaian sanggul menunjukkan keperibadian wanita terutama bakal pengantin yang mana sanggul pada bahagian bawah menunjukkan sifat pemalu dan sanggul yang tinggi menunjukkan wanita itu berani untuk bergaya – Jurumekap profesional, Rohaizat Shariff” kredit kepada  Intimku.com

Terima kasih kepada couple ni yang telah memilih Ezaniphoto.com sebagai jurugambar hari perkahwinan mereka. Semoga jodoh berkekalan hingga ke Jannah.

Sebarang inquiry mengenai khidmat photographer dan videographer boleh menghubungi kami di talian 011-12824511 atau boleh singgah ke facebook page kami : ezaniphoto

Zaid dan Ema : Majlis Perkahwinan Tradisional Seri Menanti

Liputan majlis pernikahan dan persandingan bagi pasangan Zaid dan Ema pada 26-27 April 2014. Majlis yang berlangsung secara tradisional mengikut adat istiadat Melayu Negeri Sembilan telah dirakamkan oleh Ezaniphoto – jurugambar rasmi (official photographer) di Kg. Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Semoga jodoh pasangan ini kekal hingga ke akhir hayat.

Antara keunikan majlis yang berlangsung di Seri Menanti adalah seperti pasangan pengantin diarak secara bertandu (dijulang) oleh ahli keluarga dan orang-orang kampung.

Kepada bakal pengantin di sekitar kawasan Negeri Sembilan serta seluruh Malaysia yang memerlukan khidmat fotografi perkahwinan, sila hubungi Ezaniphoto.com untuk sebarang pertanyaan atau pakej di talian 011-12824511 (whatsapp available)

Teaser : Zaid & Ema

Teaser : Zaid & Ema yang melangsungkan majlis perkahwinan di Seri Menanti, Negeri Sembilan.